• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Harap PRK K.Kangsar Hanya Satu Lawan Satu

oleh Ahmad Albab
28/05/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – PAS berharap pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar bulan depan hanya menyaksikan pertandingan satu lawan satu iaitu di antara parti itu dengan Barisan Nasional (BN).

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata pertandingan tiga penjuru tidak sepatutnya berlaku.

“Kalau tiga penjuru kita akan hadapi, kalau boleh kita akan lawan satu lawan satu dengan BN.

“Kalau berlaku pertandingan tiga penjuru mungkin rakyat kecewa dan kita tetap akan lawan kerana kerusi ini kerusi tradisi PAS, tidak sepatutnya berlaku pertandingan tiga penjuru,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman calon PAS di padang Bukit Chandan berhampiran markas PAS Kuala Kangsar di sini malam tadi.

PRK Kuala Kangsar mungkin menyaksikan pertandingan lebih daripada satu lawan satu apabila Parti Amanah Negara (Amanah) dijangka mengumumkan calonnya pada 1 Jun, sementara BN akan membuat pengumuman nama calon petang ini.

Mengenai calon PAS untuk PRK Kuala Kangsar, Dr Najihatussalehah Ahmad, Tuan Ibrahim berkata pihaknya yakin Ketua Dewan Muslimat PAS Perak itu mampu memenangi kerusi Parlimen itu.

“Tiada isu calon luar, yang penting dia duduk di sini, tidak guna calon tempatan kalau tinggal di Kuala Lumpur,” katanya.

PRK Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Anggota Parlimennya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan PRK Parlimen Kuala Kangsar pada 18 Jun, manakala penamaan calon pada 5 Jun.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Wan Mohammad Khair-il memperoleh majoriti 1,082 undi menewaskan calon PAS Khalil Idham Lim Abdullah dan calon Bebas Datuk Kamilia Ibrahim. – BERNAMA

Tags: PRK Kuala Kangsar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Derma Politik’ Bukan Untuk Diri Saya” – Ku Nan

17/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Bekas menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak mendapat...

PRK K.Kangsar: Peratusan Keluar Mengundi Tak Capai Sasaran

18/06/2016
0

KUALA KANGSAR - Pengundi luar kawasan yang tidak pulang mengundi dilihat punca peratusan pengundian tidak mencapai sasaran pada pilihan raya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd