• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Sungai Besar: Saya Calon ‘Underdog’ – Budiman

oleh Ahmad Albab
28/05/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUNGAI BESAR – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang, Budiman Mohd Zohdi yang diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar menganggap dirinya sebagai calon ‘underdog’.

Katanya, beliau akan meneruskan kualiti kerja di Sungai Besar ke kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sekinchan yang juga berada di bawah Parlimen Sungai Besar selain DUN Sungai Panjang.

“Saya fikir ia (pencalonan itu) adalah penambahbaikan kepada tugas sedia ada tetapi saya fikir ia bukan sesuatu yang mudah,” katanya kepada pemberita selepas pengumuman calon BN oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi di sini, malam ini.

Ditanya mengenai sokongan pengundi Cina terhadap BN, Budiman berkata rekod pencapaiannya dengan kumpulan itu semakin meningkat.

Beliau berkata rutinnya melawat masyarakat dan pengundi Cina termasuk ketika kematian, selain memperjuangkan isu nelayan dan peniaga menyebabkan mereka mulai mengenalinya.

“Sebab itu saya yakin pada kali ini pengundi Cina sudah mulai mengenali saya dan saya fikir ia (sokongan pengundi) bukan masalah besar tetapi tidak mahu bercakap tinggi (besar).

“Saya lihat amanah parti ini adalah kerja berpasukan. Ia amanah parti dan bukan kerja individu.

“Saya hanya mewakili parti tetapi pasukan gerak kerja dan pasukan rakan komponen yang mewakili BN yang lebih penting sebagai kekuatan pilihan raya,” katanya.

Sementara itu, pemilihan anak tempatan sebagai calon BN adalah pilihan tepat kerana merupakan muka biasa yang selalu dilihat masyarakat di sini.

Seorang penduduk tempatan, Salaman Perse (he), 70, berkata, pemilihan ADUN Sungai Panjang itu adalah bertepatan kerana beliau rapat dan mesra dengan penduduk di kawasan ini.

“Ditambah beliau merupakan seorang ADUN Sungai Panjang, saya rasa peluang BN untuk menambat hati pengundi di kawasan ini akan menjadi lebih mudah berbanding meletakkan seorang calon luar.

“Budiman juga banyak melakukan kerja-kerja dengan mantan anggota Parlimen Sungai Besar, Allahyarham Datuk Noriah Kasnon,” katanya yang sudah 40 tahun menetap di sini.

Seorang lagi anak watan Sungai Besar, Ainon Ibrahim, 62, pula berkata, Budiman merupakan calon yang selesa di mata pengundi di sini.

Katanya, Budiman rapat dan kenal dengan penduduk di sini.

“Beliau muka biasa yang kita selalu lihat, senang diajak menghadiri kenduri dan ramah mesra,” katanya.

Tambah beliau, Budiman diharap akan meneruskan legasi perkhidmatan cemerlang Noriah kepada semua penduduk di Sungai Besar.

PRK Parlimen Sungai Besar ditetapkan pada 18 Jun ini berikutan kematian Noriah yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak, 5 Mei lepas. – BERNAMA

Tags: PRK Sungai Besar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Derma Politik’ Bukan Untuk Diri Saya” – Ku Nan

17/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Bekas menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak mendapat...

PRK Sg. Besar: Peti Undi Mula Tiba Di Dewan Seri Bernam

18/06/2016
0

SUNGAI BESAR - Peti-peti undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar tiba di pusat penjumlahan undi di Dewan Seri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd