• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Saya Mahu Terus Beri Sumbangan Kepada Kerajaan

oleh Ahmad Albab
28/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar berhasrat untuk terus memberi sumbangan kepada kerajaan walaupun selepas khidmatnya sebagai Anggota Dewan Negara dan menteri berakhir pada 4 Jun ini.

Abdul Wahid berkata walaupun tidak lagi menjadi ahli Jemaah Menteri selepas tarikh berkenaan, beliau berharap akan dapat terus memberi sumbangan sebagai ahli Majlis Ekonomi yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Abdul Wahid berkata beliau percaya telah memberi khidmat terbaik setakat kemampuan sepanjang tempoh berkhidmat selama tiga tahun sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri sejak 5 Jun 2013.

“Penyempurnaan tempoh pelantikan sebagai Ahli Dewan Negara adalah selaras dengan hasrat awal saya untuk berkhidmat selama satu penggal sahaja seperti mana yang telah saya maklumkan kepada perdana menteri semasa menerima pelantikan tersebut.

“Ini akan membolehkan saya kembali semula berkhidmat di sektor korporat. Walaupun tidak lagi menjadi ahli Jemaah Menteri selepas 4 Jun, saya berharap akan dapat terus menyumbang kepada kerajaan Malaysia sebagai seorang ahli Majlis Ekonomi yang dipengerusikan perdana menteri,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam ini.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada perdana menteri, timbalan perdana menteri dan menteri-menteri Kabinet yang lain yang telah banyak membantu dan memberi sokongan sepanjang menjalankan tugas.

Perdana menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata perkhidmatan Abdul Wahid sebagai anggota Dewan Negara dan menteri di Jabatan Perdana Menteri akan berakhir pada 4 Jun ini dan ketika menerima pelantikan itu pada 2013, Abdul Wahid berhasrat untuk hanya berkhidmat bagi satu penggal sahaja. – BERNAMA

Tags: Wahid Omar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Industri Kewangan Perlu Terap Budaya Amanah

24/04/2017
0

KUALA LUMPUR - Usaha penerapan budaya amanah berasaskan standard etika yang jitu dlihat penting bagi memastikan masa depan industri kewangan...

Prestasi Ekonomi Dan Pasaran Dunia – Wahid Omar

24/12/2016
0

ASSALAMUALAIKUM wbt dan salam sejahtera rakan2 BN sekalian. Semasa sesi taklimat media kelmarin, saya dan Dato' Abdul Rahman Ahmad telah membentangkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd