• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Seorang Maut, 2 Cedera Treler Balak Rempuh Kedai Makan

oleh Ahmad Albab
27/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Seorang maut manakala dua cedera apabila sebuah treler balak terbabas sebelum merempuh kedai makan di Kilometer 41.2 Jalan Gua Musang-Kuala Krai di Bandar Chiku, di sini Khamis malam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Saiful Bahri Abdullah berkata dalam kejadian 9 malam itu, Abdul Rahman Mohamed Zaidi, 23, mandur di Ladang Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Chalil di sini, maut di tempat kejadian.

“Dua yang cedera pemandu treler Ghazali Yazid, 56, dan pelanggan kedai makan, Yusman Azuan Syakri, 21,” kata Saiful Bahri kepada pemberita Jumaat.

Beliau berkata kejadian dipercayai berpunca daripada masalah stereng treler yang tidak berfungsi sebelum kenderaan dalam perjalanan dari Gua Musang menghala ke Kuala Krai itu hilang kawalan.

Treler itu turut melanggar sebuah Proton Wira dan tiga motosikal yang diletakkan di bahu jalan.

Saiful Bahri berkata mayat Abdul Rahman dihantar ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat sebelum dituntut anggota keluarganya dan dijangka dikebumi di Tanah Perkuburan Islam RKT Kesedar Chalil, 2 petang ini.

Mangsa yang cedera menerima rawatan di hospital sama. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd