• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Wanita Antara 23 Penjawat Awam Ditahan SPRM Perlis

oleh Ahmad Albab
26/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perlis menahan 23 penjawat awam termasuk dua wanita kerana membuat tuntutan palsu sepanjang 2015, dalam operasi yang dijalankan pada 24 dan 25 Mei lepas.

Pengarah SPRM Perlis Yaacop Angah berkata mereka yang ditahan di negeri ini terdiri daripada pelbagai agensi dan kumpulan jawatan.

“Siasatan mendapati mereka telah membeli resit dari hotel bajet di sekitar Kuala Lumpur dengan harga RM10, kemudian membuat tuntutan di pejabat masing-masing dengan harga antara RM160 dan RM220 (mengikut kadar kelayakan gred masing-masing),” katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.

Menurutnya, ada juga antara mereka yang membuat tuntutan palsu berkenaan secara kerap iaitu sebanyak 10 kali dalam tempoh setahun dengan jumlah tuntutan individu yang mencecah RM9,850.

Jumlah keseluruhan tuntutan bagi semua kes berkenaan ialah sebanyak RM37,180 dan SPRM percaya masih terdapat kegiatan sama yang dilakukan dalam kalangan penjawat awam lain memandangkan hanya dua hotel sahaja yang telah diperiksa setakat ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 (Akta 694), katanya.

Menurut Yaacop, hasil siasatan akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam masa terdekat dan kesemua mereka dilepaskan dengan jaminan SPRM sementara menunggu arahan selanjutnya daripada TPR. – BERNAMA

Tags: Penjawat AwamSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd