SERING kali memuat naik gambar di Instagram membuatkan peminat Fasha Sandha tertanya-tanya apakah niat sebenar pelakon tersebut.
Menjelaskan hal ini Fasha berkata, dia memuatnaik gambar selfienya bukan bertujuan mahu menggoda mana-mana pihak tetapi untuk mempromosikan produk.
“Bukannya berselfie kosong. Saya kerap berselfie kerana ada produk yang saya menjadi duta dan ianya menjadi tugas saya untuk mempromosikannya.
“Dalam perjanjian juga ada menyatakan saya perlu kerap berselfie kerana komitmen saya adalah bergambar dan muatnaik ke laman sosial saya.
“Saya juga berselfie sebelum ini, tetapi ia lebih kepada promosi acara yang saya hadiri atau sesi fotografi,” katanya kepada BH Plus.
Fasha mengakui kehidupannya bertambah baik selepas kembali solo dan dilimpahi rezeki. Jadualnya pula padat sehingga penghujung tahun ini. – MYNEWSHUB.CC
