• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bilangan Kanak-Kanak Obes Di Asean Meningkat

oleh Ahmad Albab
26/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Lebih tujuh peratus kanak-kanak berusia bawah lima tahun di Malaysia dikenal pasti mempunyai berat badan berlebihan manakala lapan peratus lagi mengalami kekurangan zat makanan akut.

Perkara itu terkandung dalam Laporan Serantau mengenai Jaminaan Zat Makanan di Asean oleh Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unicef), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Asean.

Laporan itu juga menyatakan hampir seorang daripada setiap lima kanak-kanak di Malaysia terbantut atau terlalu rendah bagi usia mereka dan trend itu semakin meningkat di beberapa negara anggota Asean seperti Indonesia, Filipina dan Thailand.

Penasihat Pemakanan Rantau Asia Timur dan Pasifik Unicef, Christiane Rudert berkata usaha mencegah obesiti dan kekurangan zat makanan dalam kalangan kanak-kanak perlu bermula sejak peringkat prahamil, ketika hamil dan dalam tempoh dua tahun pertama kehidupan kanak-kanak.

“Cara memberi makan dan kesedaran tentang pentingnya diet sihat untuk menjamin pertumbuhan sihat kanak-kanak perlu diberi penekanan untuk menangani masalah itu,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada forum ‘Beban Berganda Malaysia-Obesiti dan Kekurangan Zat Makanan dalam Kalangan Kanak-kanak’ di Razak School of Government di sini, semalam.‎

Beliau berkata, dasar dan undang-undang kukuh juga perlu diwujudkan berkaitan amalan makan secara sihat seperti cukai gula yang dikenakan di Mexico.

Pengarah Bahagian Pemakanan, Kementerian Kesihatan Malaysia Zalma Abd Razak berkata faktor yang menyumbang kepada masalah itu termasuklah budaya makan secara tidak sihat seperti kurang makan buah-buahan, sayur-sayuran dan susu seperti yang disyorkan pakar kesihatan.

“Pelan Tindakan Kebangsaan Malaysia Mengenai Rangka Kerja Pemakanan 2016-2025 berada di peringkat akhirnya sekarang. Ia akan memberi fokus terhadap usaha memerangi obesiti dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa bagi mencapai kesejahteraan pemakanan optimum dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Untuk jangka panjang, Kementerian Kesihatan mungkin boleh bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi menempatkan pakar pemakanan di sekolah atau pejabat pendidikan daerah.

“Ini kerana kanak-kanak sekolah adalah kumpulan sasaran terbaik bagi menanam budaya makan secara sihat dalam masyarakat,” katanya.

Pensyarah Sekolah Hospitaliti, Pelancongan dan Seni Kulinari Taylor’s University Dr Elise Mognard berkata kewujudan lebih banyak maklumat tentang diet sihat secara beransur-ansur dapat membantu mengubah tabiat makan orang ramai.

“Bagaimanapun, cabaran di Malaysia ialah sejumlah besar rakyatnya makan makanan luar sekurang-kurangnya sekali sehari,” kata beliau.

Presiden Persatuan Kajian Obesiti Malaysia Prof Dr Mohd Ismail Noor pula berkata antara langkah yang boleh diambil untuk menggalakkan pengambilan diet sihat di sekolah ialah dengan menyediakan mesin air bagi mendorong kanak-kanak meminum air biasa, bukan minuman bergula. – BERNAMA

Tags: kanak-kanakobesiti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

Kanak-kanak 6 Tahun Rentung, Rumah Terbakar Awal Pagi

15/02/2026
0

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak berusia enam tahun ditemui rentung, manakala seorang lelaki cedera dalam kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat...

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

Tangisan Punca Kanak-kanak 3 Tahun Dipukul, Mata Kiri Lebam

19/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tangisan tanpa henti seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun dipercayai menjadi punca dia dipukul anak pengasuh di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd