• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Terima Kunjungan Hormat Duta Khas Presiden China

oleh Ahmad Albab
25/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak menerima kunjungan hormat Duta Khas Presiden China, Meng Jianzhu, dan rombongannya di pejabat Perdana Menteri di Bangunan Parlimen di sini, hari ini.

Najib meluangkan masa kira-kira 20 minit mengadakan perteman dengan Jianzhu, yang juga anggota jawatankuasa pusat Biro Politik Parti Komunis China.

Turut serta dalam rombongan itu ialah Setiausaha Agung Jawatankuasa Politik dan Perundangan China Wang Yongqing, Duta China ke Malaysia Dr Huang Huikang, dan Timbalan Menteri Keselamatan Kebangsaan China Dong Haizhou.

Sementara itu, Duta Khas Perdana Menteri ke China Tan Sri Ong Ka Ting berkata pertemuan itu antara lain membincangkan mengenai kerjasama Malaysia dan China dalam bidang ekonomi, keselamatan dan pelancongan.

“Pucuk pimpinan China menghargai kerjasama kita dalam memulihkan kedatangan pelancong China ke Malaysia, mereka amat hargai program e-visa (visa elektronik) yang kita laksanakan.

“Kedua-dua negara berharap melalui program itu, kedatangan pelancong China dapat dipulihkan sehingga ke tahap sebelum tragedi MH370 berlaku,” katanya yang turut menghadiri pertemuan itu.

Beliau berkata kerajaan China juga memberi jaminan bahawa hubungan ekonomi yang terjalin di antara kedua-dua negara akan terus diperkukuh melalui pelaburan yang dibawa oleh negara berkenaan ke Malaysia.

“Kerajaan China akan terus mengalakkan pelaburan besar yang akan membawa faedah dan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia…kita amat menghargai perkara berkenaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd