• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kehadiran Mahathir Tak Akan Ubah Sokongan Kepada BN

oleh Ahmad Albab
25/05/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kehadiran Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Kuala Kangsar akan datang tidak akan mengubah pengundi daripada menyokong Barisan Nasional (BN), kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Beliau berkata ini disebabkan rakyat telahpun hilang kepercayaan terhadap bekas perdana menteri itu.

“Kami gembira jika beliau datang (ke Kuala Kangsar) sebab saya tak fikir beliau akan dapat memancing undi oleh kerana rakyat akan hanya membenci kehadirannya dan barangkali mengundi kami,” kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu di lobi Parlimen di sini hari ini.

Sementara itu, seorang lagi anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata rakyat tidak hanya menerima apa yang akan diperkatakan oleh Dr. Mahathir dan pembangkang semasa berkempen.

“Dr Mahathir kini sebahagian daripada pembangkang dan mereka akan bercakap tentang perkara yang buruk dan mewujudkan pelbagai isu. Sama ada rakyat mendengar atau tidak, mereka menang atau tidak, terpulang kepada rakyat untuk menilai,” katanya.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar dalam nahas helikopter di Sarawak pada 5 Mei lepas.

Turut terkorban dalam kemalangan itu ialah Anggota Parlimen Sungai Besar yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Noriah Kasnon.

Pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sungai Besar juga ditetapkan pada 18 Jun. Penamaan calon bagi kedua-dua pilihan raya kecil itu adalah pada 5 Jun. – BERNAMA

Tags: Nazri AzizPRK Kuala Kangsar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir Setahun Lalu, Kata PM

Pelantikan Nazri Dibuat Hampir Setahun Lalu, Kata PM

11/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan pelantikan bekas Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz sebagai...

Nazri Aziz Dilantik Duta Ke Amerika

Nazri Aziz Dilantik Duta Ke Amerika

09/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada 10 Ketua Perwakilan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd