• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Meskipun Wajah Jambu, Nadzmi Idam Watak Jahat

oleh AK-47
25/05/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON dan penyanyi baharu berwajah jambu, Nadzmi Adhwa yang melonjak naik namanya menerusi drama Hati Perempuan meluahkan keinginan idam bawa watak jahat.

Menurut pelakon berusia 24 tahun ini kepada sebuah portal hiburan, dia memberitahu watak jahat tidak semestinya seseorang yang memiliki rupa paras yang bengis dan garang sahaja.

Meskipun Berwajah Jambu, Nadzmi Adhwa Idam Watak Jahat
Nadzmi Adhwa

“Bagi saya watak jahat ini tidak semestinya kena ada muka pecah ataupun berwajah garang dan bengis, semuanya bergantung dengan jalan ceritanya.

“Kalau muka kacak dan jambu pun apa salahnya, bukan nak kata diri saya macam itu namun memang betul watak jahat tak semestinya kena ada rupa garang,” ujarnya seloroh.

Jelasnya lagi, keinginan itu diluahkan kerana dirinya tidak pernah membawakan watak sedemikian malah sanggup melakukan apa sahaja seperti membotakkan kepala bagi menjayakan watak tersebut sekiranya diberi peluang.

“Saya belum pernah dapat watak jahat lagi dan sememangnya itulah watak yang saya sudah lama nantikan. Saya sanggup botak demi watak tersebut.

“Tidak kiralah watak jahat seperti merompak, pukul orang mahupun merogol, saya sahut cabaran tersebut,” jelasnya.

Meskipun Berwajah Jambu, Nadzmi Adhwa Idam Watak Jahat
Nadzmi Adhwa

Nadzmi Adhwa Nor Adzmi atau lebih dikenali sebagai Nadzmi Adhwa berkata, dia banyak belajar daripada pelakon Syazwan Zulkifly.

“Dalam industri lakonan ini saya sebenarnya banyak belajar daripada Syazwan sebab dia berpengalaman dalam arena seni lakonan, malah, dia juga pernah berlakon watak jahat, jadi saya akan belajar dengan dia,” katanya.

Nadzmi yang pernah tercalon dalam lima teratas kategori Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH Ke-29 itu sedang melunaskan penggambaran drama Cinta Roller Coaster terbitan Suhan Movies. – MYNEWSHUB.CC

Tags: jambuNadzmi Adhwa
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Saya ‘Straight’ Tau, Sumpah Tak ‘Bengkang-Bengkok’

03/11/2018
0

PERKONGSIAN foto imbas kembali (throwback) pelakon Nadzmi Adhwa ketika dia berusia belasan tahun mencuri perhatian pengikut di laman Instagram. Bukan...

Sebab Kes Ganja, 4 Bulan Nadzmi Tak Dapat ‘Job’

11/04/2018
0

TAHUN lalu merupakan detik hitam dalam hidup pelakon Nadzmi Adhwa apabila dia ditahan oleh pihak polis disebabkan penemuan bahan terlarang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd