• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mufti Perlis Kritik Akhbar Lapor Bekam Bayi Sunnah SAW

oleh Ahmad Albab
26/05/2016
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin mengkritik laporan sebuah akhbar tempatan mengenai tindakan seorang bapa melakukan bekam ke atas bayinya.

Kata beliau, akhbar itu melaporkan bapa berkenaan mendakwa beliau berbuat demikian ke atas bayinya kerana mengikuti sunnah Rasullullah S.A.W.

“Saya tidak pasti apakah berita itu tersalah lapor ataupun memang demikian yang berlaku. Apa yang saya amat bimbang jika ada pembaca yang kurang maklumat akan tersalah faham terhadap baginda Nabi S.A.W.

“Mereka akan mempercayai kononnya Nabi menyuruh ibu bapa membekam bayi kecil walaupun tanpa sebarang sebab yang jelas. Itu sama sekali tidak benar,” tegasnya dalam satu kenyataan di laman Facebook beliau hari ini.

Akhbar berkenaan melaporkan bapa bayi itu menggunakan teknik bekam sayatan ke atas anaknya sejak berusia 25 hari kerana mengikuti sunnah Rasullullah S.A.W

Lelaki itu dipetik sebagai berkata: “Tak mungkin Allah dan Rasul menuntutkan amalan hijamah itu jika berisiko tinggi bagi ummatnya.”

Mohd. Asri menjelaskan, laporan sedemikian boleh mengundang salah faham masyarakat terhadap sunnah Nabi S.A.W kelihatan baginda kejam serta tidak saintifik.

“Dalam riwayat hadis yang sahih, Nabi berbekam disebabkan kesakitan kepala baginda. Bukan sengaja dilakukan tanpa sebarang penyakit.

“Kehendak mengikuti sunnah sesuatu yang baik, namun hendaklah juga difahami konteks sesuatu sunnah yang dipraktikkan oleh baginda supaya tidak tersalah tafsir,” kata Mohd. Asri. – MYNEWSHUB.CC

Tags: BekamMufti Perlis
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apakah Undang-Undang Hanya ‘Cengih’ Untuk Yang Beragama Islam Sahaja? – Mufti Perlis

Apakah Undang-Undang Hanya ‘Cengih’ Untuk Yang Beragama Islam Sahaja? – Mufti Perlis

14/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Mohd. Asri Zainul Abidin mempersoalkan sama ada undang-undang di negara ini dilihat hanya...

Mufti Perlis Bimbang Anasir Hindutva Di India Menular Ke Malaysia 

Mufti Perlis Bimbang Anasir Hindutva Di India Menular Ke Malaysia 

11/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin menzahirkan kebimbangan terhadap kemungkinan pengaruh pengganas gerakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd