• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengguna Lorong Kecemasan, Anda Tidak Terlepas!

oleh AK-47
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

POLIS trafik sedang mengesan pemilik kenderaan menyalahgunakan laluan kecemasan ketika insiden nahas yang meragut nyawa dua beradik di Kilometer 228.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, berhampiran susur keluar Simpang Ampat, Melaka, pada kelmarin.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan, Superintendan Md. Dali Wahid berkata, kesemua pesalah lalulintas yang tidak mengikut undang-undang akan dikenakan tindakan.

“Saya sangat kesal dengan segelintir pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang jalan raya dan menggunakan laluan kecemasan dengan sesuka hati.

“Misalnya kes di Kilometer 228.6 tempoh hari, jelas sekali menunjukkan ramai pengguna kenderaan menggunakan lorong kecemasan sehingga menghalang laluan ambulans.

“Ini secara tidak langsung menyukarkan operasi menyelamat, sekali gus memberi kesan kepada mangsa kemalangan yang terlibat,” katanya seperti yang dipetik portal Sinar Harian.

Pengguna Lorong Kecemasan, Anda Tidak Terlepas!

Pengguna Lorong Kecemasan, Anda Tidak Terlepas!

Menurut Md Dali, polis tidak berkompromi terhadap pesalah terbabit kerana perkara seperti itu kerap kali berlaku sehingga mereka tidak gentar melakukan perkara tersebut seolah-olah sengaja mencabar kredibiliti pegawai penguatkuasa.

Sementara itu, di dalam laporan Awani, pengarah bahagian penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Valluvan Veloo berkata, jabatan memandang serius tentang penyalahgunaan lorong kecemasan.

Ini kerana, bahagian jalan tersebut sememangnya diperuntukkan untuk kecemasan. Valluvan turut menjelaskan, video serta gambar diambil saksi kejadian boleh dilampirkan sebagai bukti kesalahan, sekali gus membolehkan pemandu tersebut dikenakan tindakan. – MYNEWSHUB.CC

Kaitan: Luahan Sayu Kakak Mangsa Nahas Dua Beradik

Juga: Pengguna Lorong Kecemasan, Anda Adalah ‘Pembunuh’

Oleh: hzqahmd

Tags: kemalangan mautpolispolis trafiksaman
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

Asyraf Wajdi Saman RM5 Juta Pihak Kaitkan Beliau Dengan Isu Tabung Haji

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki memulakan tindakan saman sebanyak RM5 juta terhadap beberapa pihak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd