• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ALF Jenuh Penuhi Undangan Kongsi Pengalaman

oleh Ahmad Albab
25/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SETELAH tampil dua episod dalam program #PenghijrahanFenomena terbitan TV AlHijrah, bekas gengster terkenal Singapura, Abang Long Fadil kini menjadi perhatian ramai.

Siri pendedahan anak muda berusia 29 tahun ini mengenai pengalaman masa lalu terbabit dengan pelbagai jenayah kekerasan hingga mula merengkok di penjara pada usia 12 tahun, nyata dilihat banyak pihak sebagai titik perkongsian yang berguna ke arah pendidikan.

Slot program #PenghijrahanFenomena yang bersiaran tiap Khamis 10 malam kini menjadikan Abang Long Fadil buruan pihak pengurusan aktiviti agama di masjid dan surau.

Jadualnya padat setelah dihubungi pelbagai pihak untuk mengadakan sesi kongsi pengalaman terutama detik-detik yang mendorong penghijrahannya dari dunia kongsi gelap ke kerja-kerja dakwah.

“Setelah kembali ke pangkal jalan, saya menangis kerana memerlukan lapan bulan untuk menghafal surah Al-Fatihah,” katanya.

Abang Long Fadil turut mendedahkan, dirinya yakin, ujian berat untuk menghafal Ummu Quran itu sebagai kifarah Allah terhadap dosa-dosa masa lalunya.

“Masa saya jahat, saya angkuh dan selalu memperkecilkan Allah. Saya kata, kalau Allah ada mengapa tidak bantu saya masa kesusahan,” katanya ketika muncul pada Majlis Screening ‘Ramadan Bulan Kegembiraan’ anjuran TV AlHijrah.

Selain hadir secara eksklusif untuk program ini, Abang Long Fadil akan berada di beberapa negeri bagi memenuhi pelbagai undangan pengurusan masjid dan surau.

“Untuk 3 hari hujung minggu ni ada 9 undangan,” kata Sakaratul Maut yang bertindak sebagai pengiring sepanjang ziarah Abang Long Fadil ke sembilan buah masjid di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Minggu lalu Abang Long Fadil menghabiskan jadual padat bagi memenuhi undangan di masjid dan surau sekitar Pulau Pinang.

Antara program menarik hujung munggu ini ialah sesi ceramah istimewa koloborasi antara Abang Long Fadil dan Pengarah Filem Terkenal, Shamsul Yusuf akan diadakan di Masjid Al Raduan, Hulu Kelang Ahad 29 Mei 7.30 malam.

Program yang turut disertai Ustaz Syed Norhisyam dan Ustaz Zuhni Mat Piah juga akan dirakamkan untuk siaran #PenghijrahanFenomena TV AlHijrah.

Ketika berada di bilik VIP sebelum bermula sesi Screening Ramadan, Abang Long Fadil ditanya mengenai jodoh.

“Saya sedang mencari,” katanya sambil tersenyum.

Kebetulan ketika itu, muncul Ustaz Don Daniyal Don Biyayid. Tanpa membuang masa Ustaz Don Daniyal segera mengajak semua tamu di bilik VIP untuk mendoakan Abang Long Fadil dipertemukan Allah dengan jodoh yang baik.

Jangan lupa bersama Abang Long Fadil dalam #PenghijrahanFenomena di TV AlHijrah Khamis 10 malam. – MYNEWSHUB.CC

Tags: TV Al Hijrah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

IG Femes Hijabista Kini Melangkah Jadi Selebriti TV

15/03/2018
0

WOW! Kerana memiliki ratusan ribu peminat di IG, lima gadis IG Femes kini berpeluang mencipta nama di platform TV. Program...

Wan Kamaruddin: Edisi Siasat & Apa Kejadahnya!

04/07/2017
0

EDISI Siasat mencipta fenomena tersendiri sekitar tahun 2001 hingga 2005. Program Berita TV dengan orientasi laporan penyiasatan menggunakan kamera tersembunyi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd