• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Putuskan Sistem Kejara Diperkenalkan Semula

oleh Ahmad Albab
24/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TANGKAK – Kerajaan telah memutus untuk memperkenalkan semula sistem Pemberian Mata Demerit Kesalahan Jalan Raya (KEJARA) bagi memberi pengajaran kepada pengguna jalan raya agar tidak lalai hingga mengakibatkan bahaya kepada orang lain.

Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Malaysia Abd Ghafar Yusof berkata tindakan menyaman pengguna semata-mata di atas kesalahan yang dilakukan tidak cukup untuk memberikan pengajaran kerana mereka disifatkan masih boleh melangsaikan saman berkenaan.

“Kita menyedari pemandu yang disaman atas pelbagai kesalahan mampu membayar saman terbabit, tetapi mereka tidak pernah belajar daripadanya dan sering mengulangi perbuatan tersebut.

Oleh itu, kami berharap apabila sistem ini diperkenalkan semula, ia memberi lebih banyak kesedaran kepada pengguna jalan raya,” katanya sidang media selepas merasmikan Program Advokasi Khas Keselamatan Jalan Raya bersama Kolej Komuniti Ledang Johor di sini hari ini.

Abd Ghafar berkata beberapa penambahbaikan dibuat terhadap sistem itu bagi memberi impak berkesan kepada usaha mendidik pengguna jalan raya.

Penambahbaikan itu termasuk menggabungkan sistem itu dengan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), yang mana penggabungan itu kemudian membolehkan Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) dilaksanakan semula, seperti mana yang dicadangkan Kementerian Pengangkutan.

“Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membolehkan pelaksanaan AWAS akan dibentang di Parlimen dan jika tiada halangan ia akan dilaksanakan pada tahun ini,” katanya.

Abd Ghafar berkata penambahbaikan lain berhubung sistem itu ialah tidak akan mengurangkan mata demerit pemandu yang telah menjelaskan bayaran saman, seperti sebelum ini.

Sebaliknya, kata beliau, mata demerit akan dikumpul sehingga lesen memandu seseorang boleh digantung.

“Selain itu, kesalahan menggunakan telefon bimbit ketika memandu juga adalah antara kesalahan utama baharu yang akan dimasukkan ke dalam sistem KEJARA memandangkan ia kerap dilakukan pengguna jalan raya,” katanya.

Sistem KEJARA pernah dilaksanakan kerajaan sebelum ini namun dihentikan sementara disebabkan pelbagai reaksi daripada masyarakat dan pemimpin. – BERNAMA

Tags: Sistem Kejara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hanya Pemandu Kena Mata Demerit, Bukan Pemilik

06/04/2017
0

PUTRAJAYA - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menguatkuasakan 23 kesalahan lalu lintas dalam sistem mata demerit di bawah Sistem Keselamatan...

Sistem Kejara Perlu Dikuatkuasa Serta Merta – Khalid

15/02/2016
0

GEORGE TOWN - Sistem Pemberian Mata Demerit Jalan Raya (Kejara) perlu dikuatkuasakan serta merta bagi memastikan pengguna jalan raya lebih...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd