• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengusaha Ladang Rempah, Herba Hasilkan Teknologi Hapuskan Aedes

oleh Ahmad Albab
24/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PAGOH – Berkat kesabaran melakukan penyelidikan selama 12 tahun, pengusaha ladang rempah ratus dan herba terbesar Asia, Nasuha Kaisan akhirnya dapat menghasilkan teknologi kawalan biologi bagi menghapuskan nyamuk Aedes, vektor bawaan penyakit denggi.

Teknologi itu yang pertama seumpamanya di dunia, diusahakan bersama penyelidiknya dan kemudian diaplikasikan ke dalam bentuk produk iaitu penyembur penghalau serangga yang mengunakan bahan-bahan organik.

Menurut Nasuha, 65, produk itu yang dinamakan ‘Natural Repellent’ mengandungi enam jenis herba yang ditanam di ladangnya seluas 1,295 hektar di Jalan Muar-Pagoh dekat sini.

“Apabila digunakan penyembur penghalau serangga berbentuk pati wap ini, ia bertindak menutup lubang penafasan nyamuk Aedes yang akan menyebabkannya mati serta merta.

“Ia dihasilkan menggunakan teknologi hijau dan tidak mendatangkan kesan sampingan kepada manusia dan alam sekitar kerana kita menggunakan bahan organik dan bebas daripada bahan kimia dan racun yang mampu mendatangkan kesan sampingan kepada manusia,” katanya.

Nasuha, yang juga pemilik Budayatama Corporation Sdn Bhd, syarikat yang mengeluarkan produk berasaskan herba, berkata dengan penggunaan dos yang sedikit, produk itu juga boleh menyembuhkan penyakit batuk kerana ia mampu menghilangkan cecair dalam paru-paru manusia.

Ia juga sesuai digunakan pekebun bagi menghalau dan membunuh serangga serta kulat perosak tanpa menggunakan racun dan bahan kimia bagi melindungi hasil tanaman mereka.

Tambahan pula, katanya, dalam zaman teknologi moden sekarang, masyarakat perlu berubah dengan tidak mengunakan bahan mengandungi racun dan bahan kimia kerana ia akan mendatangkan kesan sampingan kepada darah manusia.

Ditanya bagaimana ilham produk itu tercetus, Nasuha berkata semuanya bermula daripada hasil kajian yang dilakukan bersama penyelidik terhadap daun-daun yang dimusnahkan serangga.

“Hasil kajian membuktikan bahawa daun tersebut juga boleh mendatangkan kesan toksik kepada serangga dan kita telah berjaya membuat satu formula bahawa campuran herba ini sesuai untuk menghapuskan serangga perosak termasuk nyamuk Aedes,” katanya.

Mengenai ladangnya pula, Nasuha berkata ia mempunyai 6,000 jenis herba tempatan dan luar negara dan mula dibuka pada 1974.

Katanya ladang itu mampu mengeluarkan enam hingga 10 tan metrik bahan mentah setiap hari tanpa menggunakan racun ataupun bahan kimia.

Hasil pengeluaran ladangnya juga, Budayatama Corporation Sdn Bhd mampu menghasilkan pelbagai produk herba dengan jenama ‘CT Herbs Spices Nasuha’ dan pelbagai jenis rempah ratus dengan jenama ‘Mak Siti’.

Nasuha berkata pelancaran bagi kedua-dua produk itu akan dilakukan pada Ramadan ini dan mereka yang berminat dengan produk itu boleh menghubungi beliau di talian 06-97372131, 06-9737035 atau datang ke ladang dan kilangnya yang terletak di KM19, Jalan Muar-Pagoh, Muar, Johor. – BERNAMA

Tags: herbanyamuk Aedes
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Denda RM500 Biak Aedes Hampir Kecohkan Dewan

02/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat pagi ini hampir kecoh apabila Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) mendakwa Timbalan Menteri...

Simpang Kuala Lokaliti Baharu Kes Chikungunya

26/06/2019
0

ALOR SETAR - Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah mengesan lokaliti baharu penyakit chikungunya iaitu di Simpang Kuala di sini dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd