• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Sebiji Hamburger Di Venezuela Kini RM705

oleh
13/05/2017
dalam Utama & Sensasi
1
Share on FacebookShare on Twitter

CARACAS - Mengembara ke Venezuela ketika ini sama ada atas urusan kerja atau bercuti tentu bukan satu pilihan menarik ekoran negara Amerika Latin itu dilanda krisis dalam pelbagai sektor.

Krisis politik, ekonomi dan sosial terus menyelubungi negara yang dipimpin oleh Presiden Nicolas Maduro itu. Antara yang paling dirasakan rakyat Venezuela bersangkutan kos untuk urusan ekonomi dan kesihatan.

Menurut agensi berita antarabangsa AFP, harga barang keperluan asas pengguna melambung, bekalan ubat-ubatan terbatas waima hospital kerajaan penuh dengan pesakit miskin yang tidak mampu membayar caj rawatan.

Kos sara hidup di Caracas, ibu kota Venezuela atau nama rasminya, Santiago de Leon de Caracas dengan penduduk sekitar 5 juta orang pada waktu ini jauh lebih mahal daripada Tokyo, Jepun dan Zurich, Switzerland.

Tinjauan AFP mendapati, sebiji hamburger biasa dijual dengan harga 1,700 bolivar (kira-kira RM705) manakala kadar sewa penginapan bilik hotel jenis standard ialah 69,000 bolivar (RM28,578) untuk semalam.

Jika dibayar dalam bentuk tukaran mata wang dolar Amerika Syarikat (AS) pula, ia dikatakan lebih murah sedikit, yakni sebiji hamburger yang saiz biasa itu boleh dibeli pada harga sebanyak AS$170 (bersamaan RM700).

Untuk penginapan kamar hotel dengan tarif standard AS$6,900 (RM28,437) semalam. Nilai AS$1 setara dengan 10 bolivar. Namun, tidak ada pedagang tempatan yang menjual dengan harga di bawah kawalan mata wang rasmi.

Di pasaran gelap, AS$1 dinilai pada harga 1,000 bolivar. Sangat mahal! Inflasi melambung tinggi. Segala keperluan asas tinggi akibat banyak barangan terpaksa diimport sekali gus harga menjulang tinggi di luar kewarasan akal.

Sebahagian besar golongan kelas menengah Venezuela juga dilaporkan jatuh miskin. Mereka tidak mampu lagi hendak membeli sebiji hamburger atau membayar sewa waima untuk bilik standard di hotel-hotel biasa.

 

Kegagalan presiden sebelumnya, Hugo Chavez merancang masa depan ekonomi negara dengan menetapkan harga runcit petrol terendah di dunia kini ‘memakan’ Venezuela apabila kadar inflasi berada pada paras 800 peratus.

Dahulu Venezuela mewah dengan minyak namun hari ini ’emas hitam’ itu semakin pupus. Bayangkan tambang teksi sahaja sekitar 15 minit perjalanan tanpa kesesakan lalu lintas boleh mencecah 1,572 bolivar (kira-kira RM652).

“Semua orang jatuh miskin walhal dahulunya mereka boleh hidup secara sederhana, kata Michael Leal, 34; pengurus sebuah kedai cermin mata di Caracas sambil menambah: “Kami tidak dapat lagi bernafas pun.

Di Chacao, sebuah kawasan kelas menengah di Caracas, para pegawai kerajaan terpaksa beratur panjang di luar sebuah kedai kacang. Untuk makan tengah hari, mereka dilaporkan hanya mampu membeli segenggam kacang.

Semua restoran berdekatan kelihatan kosong, sunyi sepi lengang daripada pembeli. Wajah kota Caracas seperti kebanyakan kota utama di Amerika Latin, dipenuhi banyak pencakar langit moden dan kepadatan lalu lintas.

Namun, kota yang diasaskan pada tahun 1567 ini sedang mengalami ‘kelesuan’ ekonomi sangat parah akibat kejatuhan nilai mata wang semasa. Banyak premis perniagaan terutama kedai elektronik, terpaksa ditutup.

“Ini cukup mengerikan kami,” kata Marta Gonzalez, 69; pengurus sebuah kedai kecantikan di salah satu sudut kota Caracas dan mendakwa: “Tidak ada orang yang mahu membeli sesuatu yang lain, kecuali hanya makanan.

Keadaan ekonomi lesu itu memaksa di kebanyakan kedai, peniaga lebih sanggup menerima kad debit malahan terpasang notis peringatan kepada pelanggan: “Kami tidak menerima kad kredit.- Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: bolivarVenezuela
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Trump Izin Syarikat AS Teroka Rizab Sumber Minyak Mentah Di Venezuela

Trump Izin Syarikat AS Teroka Rizab Sumber Minyak Mentah Di Venezuela

04/01/2026
0

PALM BEACH: Presiden Donald Trump akan membenarkan syarikat minyak Amerika Syarikat (AS) memasuki Venezuela bagi meneroka rizab minyak mentah yang...

Dulu Dibunuh…Atau Digulingkan…Kini Dah Ada Penculikan Kalau Tidak Tunduk Kepada AS

Dulu Dibunuh…Atau Digulingkan…Kini Dah Ada Penculikan Kalau Tidak Tunduk Kepada AS

04/01/2026
0

KUALA LUMPUR  _ Tindakan tidak bertamadun yang dilakukan oleh Amerika Syarikat terhadap Presiden Venezuela, Nicolás Maduro, serta isterinya Cilia Flores,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd