KOTA KINABALU – Kira-kira 250 rumah setinggan musnah dalam kebakaran di Kampung Landung Ayang Laut, Kudat awal pagi tadi.
Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata Balai Bomba Kudat menerima kejadian itu membabitkan rumah setinggan jenis tidak kekal pada kira-kira 5 pagi tadi.
Selepas menerima panggilan kecemasan, pihak kami segera ke lokasi dan tiba enam minit kemudian bersama-sama dua jentera dan 15 anggota.
“Api dapat dikawal pada 7.30 pagi dan operasi memadam kebakaran tamat pada jam 10.57 pagi,” kata pusat gerakan itu dalam kenyataan hari ini. – BERNAMA

