• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keterangan Bercanggah, Pemandu Lori Didenda RM10,000

oleh Ahmad Albab
23/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Seorang pemandu lori hari ini, didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah memberi kenyataan bercanggah semasa menjadi saksi pendakwaan kes rasuah terhadap seorang kakitangan penguat kuasa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), kira-kira empat tahun lalu.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuantan Datuk Habibah Mohamed Yusoff juga memerintahkan tertuduh R Alagendran, 34, dihukum penjara lima bulan jika gagal menjelaskan denda itu.

Tertuduh membayar denda itu.

Alagendran didakwa menlakukan kesalahan itu semasa menjadi saksi pendakwaan dalam kes ke atas Mohd Azam Abdullah Zawawi yang dibicarakan di Mahkamah Sesyen di sini pada pukul 10.15 pagi, 7 Nov 2012.

Semasa itu, tertuduh memberikan lapan keterangan yang bercanggah daripada kenyataannya kepada pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Penolong Penguasa Nurzahidah Yacop di pejabat SPRM Kemaman, Terengganu pada 13 Dis 2011.

Antara percanggahan itu ialah mengenai transaksi wang yang didakwanya sebagai wang perlindungan supaya lori tidak disaman, sebelum tertuduh yang juga pengadu dalam kes terhadap Mohd Azam menukar kenyataan bahawa wang itu sebagai bayaran saman.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut subseksyen 27(2) Akta 694 Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman tidak melebihi RM100,000 atau penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Dalam rayuannya, tertuduh memohon denda minimum dikenakan atas alasan menyara dua orang anak dan ibu bapa yang uzur dengan pendapatan yang tidak menentu.

“Saya juga perlu membawa emak mendapatkan rawatan kerana beliau tidak boleh berjalan,” katanya yang kelihatan tenang di kandang tertuduh.

Timbalan Pendakwa Raya daripada SPRM Nurzilati Ishani Zainal@Zainol memohon hukuman setimpal dikenakan sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang lain supaya tidak sewenang-wenangnya menukar keterangan di mahkamah.

“Perbuatan tertuduh telah menyebabkan pihak pendakwaan gagal membuktikan kes kerana keterangan tertuduh merupakan elemen penting untuk membuktikan pertuduhan kes berkenaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: pemandu loriSPAD
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

Kemalangan Maut Penunggang Motosikal, Pemandu Lori Direman Kerana Positif Dadah

04/01/2026
0

SEGAMAT: Pemandu lori terbabit kemalangan di Jalan Tenang Jaya, Pekan Tenang, di sini, semalam yang mengorbankan penunggang motosikal, direman dua...

Pemandu Lori Dipercayai Terlelap ‘Himpit’ Penunggang Motosikal Sehingga Maut, Direman Tiga Hari

Pemandu Lori Dipercayai Terlelap ‘Himpit’ Penunggang Motosikal Sehingga Maut, Direman Tiga Hari

31/08/2025
0

KAJANG: Pemandu lori yang terbabit kemalangan sehingga mengakibatkan kematian penunggang motosikal di Kilometer 292.8 Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban arah ibu negara,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd