• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nenek, Lima Cucu Terselamat Insiden Tanah Runtuh

oleh Ahmad Albab
23/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CAMERON HIGHLANDS – Seorang nenek berusia 70 tahun bersama lima cucunya berumur antara 10 dan 18 tahun terselamat selepas rumah mereka di Kuala Terla di sini, terlibat dalam kejadian tanah runtuh kecil awal pagi ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Cameron Highlands, Muhammad Haziq Hazmi berkata dalam kejadian kira-kira pukul 1.25 pagi itu, tiga lagi rumah yang terletak di lereng bukit turut terjejas.

Ketika dihubungi Bernama, Muhammad Haziq berkata pihaknya menerima panggilan mengenai insiden itu pada pukul 1.29 pagi dan tiba di tempat kejadian kira-kira setengah jam kemudian.

“Sewaktu kejadian terdapat enam orang di salah satu rumah yang terjejas, manakala tiga lagi rumah kosong. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

“Mangsa yang terlibat telah dipindahkan ke rumah saudara mara buat sementara kerana dikhuatiri berlaku runtuhan susulan,” katanya.

Muhammad Haziq berkata ketika ini Jabatan Kerja Raya masih menjalankan kerja pembersihan. – BERNAMA

Tags: nenektanah runtuh
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

Tiada Rakyat Malaysia Terjejas Akibat Tanah Runtuh Di Bandung Barat – Wisma Putra

25/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Luar mengesahkan tiada rakyat Malaysia dilaporkan terjejas dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Pasir Kuning, Desa Pasirlangu, Daerah...

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

KKR Ambil Tindakan Pengguna Jalan Ceroboh Laluan Ditutup Akibat Tanah Runtuh

06/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Berikutan beberapa insiden pengguna jalan raya ingkar arahan penutupan laluan yang mencetuskan insiden tidak diingini seperti terjatuh ke dalam gaung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd