• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ESSCOM Patah 15 Cubaan Culik Sejak 2014 – Mei 2016

oleh Ahmad Albab
23/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) mematahkan 15 cubaan culik di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) sejak 2014 hingga Mei tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim memberitahu Dewan Rakyat, ia termasuk cubaan enam penculikan yang dipatahkan sejak Januari hingga Mei tahun ini.

“Langkah pengukuhan dengan memperketatkan kawalan ke atas pusat peranginan, sangkar ikan dan laluan berisiko, berjaya mengesan lebih awal tindakan kumpulan pengganas dari selatan Filipina ini yang melakukan penculikan untuk mendapatkan wang tebusan,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Lim Guan Eng (DAP-Bagan) yang ingin tahu mengenai peruntukan tahunan Esscom dan jumlah tangkapan pengganas sejak ia ditubuhkan.

Lim juga mahu tahu status terkini empat mangsa yang diculik di perairan Ligitan awal April lalu.

Shahidan berkata kerajaan sedang melakukan pelbagai usaha termasuk bekerjasama dengan pihak berkuasa Filipina bagi menyelamatkan empat rakyat Malaysia itu yang diculik lapan lelaki bersenjata.

Beliau berkata ketika ini pendekatan rundingan digunakan agar kumpulan pengganas itu melepaskan tawanan tanpa melibatkan kehilangan nyawa.

“Pada masa sekarang ini status empat rakyat kita yang diculik berada dalam keadaan selamat.

“Seperti kes sebelum ini, kita juga gunakan pendekatan rundingan dan kerjasama dengan kerajaan Filipina, kita yakin mangsa akan dilepaskan dan kembali ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat,” katanya.

Sementara itu, Shahidan berkata sejak ditubuhkan pada 2013 hingga tahun ini, sejumlah RM146.9 juta telah diperuntukan untuk belanja mengurus dan membangunkan Esscom.

Dalam tempoh itu juga, sejumlah empat individu yang berkaitan dengan pengganas Sulu ditembak mati, manakala 67 lagi ditahan untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Tags: Esscomkes culik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

Culik Kanak-kanak: Suspek Kelima Direman Tujuh Hari

23/07/2024
1

JOHOR BAHRU - Seorang lagi suspek yang ditahan berhubung kes penculikan kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang di pusat beli-belah Eco...

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

07/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengekalkan rekod sifar penculikan untuk wang tebusan sejak 2020 hingga kini. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd