• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sesi Bincang Niaga Iklan Murah Bermula

oleh AK-47
23/05/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

#KomboJumboXtraVaganza Setelah 10 hari melalui frasa promosi, mulai Isnin 23 Mei, 200 usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS) yang sudah bersetuju akan menyerbu TV Alhijrah bagi merebut spot Iklan Murah CSR yang akan mengisi kempen sepanjang Ramadan dan Syawal.

Selain pakej Iklan Murah RM2500 bagi 16 spot iklan 10 saat, pelbagai pakej menarik dengan tema ‘Jenama Anda Berhak Popular’ dilancarkan.

Bermula denga pakej semurah RM2,500, Kempen Iklan Murah ini turut menawarkan Jumbo 5 Pakej Percuma 1 yang menyediakan 96 spot iklan berharga RM12,500.

Sebagai bonus pula pakej XtraJumbo dengan nilai 500 spot iklan ditawarkan pada harga vaganza RM60 ribu.

Sesi Bincang Niaga Iklan Murah Bermula

Semua ini bagi mengisi 1500 pakej spot iklan strategik yang disediakan TV Alhijrah untuk membantu usahawan IKS mempromosi produk keluaran mereka sambil menepati tema kempen Empayar TV Produk IKS.

“100 usahawan pertama akan menerima bonus spot iklan. Malah, kami sedia melayan anda termasuk menyediakan slide iklan serta taglines untuk memastikan jenama anda ada umphhh,” kata Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Izelan Basar.

Kempen Tanggungjawab Sosial (CSR) ini dibuat bagi menyelesaikan masalah usahawan IKS untuk menembusi pasaran iklan TV yang terlalu mahal.

“Kami turunkan harga hingga 10 kali ganda lebih murah sebagai tanda menghargai industri IKS dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara,” kata Izelan.

Sesi Bincang Niaga Iklan Murah Bermula

TV bukan lagi monopoli jenama besar. Kini TV terbuka untuk semua usahawan yang memerlukan sokongan promosi.

Berdasarkan fokus dalam pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Trans Pasifik (TPPA) menjelang 2018, Malaysia dilihat sebagai pemain utama untuk menguasai pasaran pengguna produk IKS di 10 negara anggota TPPA dengan kuasa belian 800 juta pengguna.

“Kami merintis usaha awal untuk memastikan jenama IKS kukuh menjelang 2018 supaya usahawan tempatan mampu bersaing hingga peringkat TPPA,” kata Izelan.

Kempen Bincang Niaga akan bermula Isnin 23 Mei dan berterusan sehingga menjelang Syawal. Namun 100 usahawan pertama akan menerima bonus siaran iklan tanpa caj selepas 12 malam hingga 10 pagi. Usahawan berminat dipelawa menyertai kempen ini.

Hubungi segera: WhatsApp/SMS 011-2172 1211.

Ayuh kita kongsi kemakmuran rezeki Ramadan. – MYNEWSHUB.CC

Tags: TV Al Hijrah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

IG Femes Hijabista Kini Melangkah Jadi Selebriti TV

15/03/2018
0

WOW! Kerana memiliki ratusan ribu peminat di IG, lima gadis IG Femes kini berpeluang mencipta nama di platform TV. Program...

Wan Kamaruddin: Edisi Siasat & Apa Kejadahnya!

04/07/2017
0

EDISI Siasat mencipta fenomena tersendiri sekitar tahun 2001 hingga 2005. Program Berita TV dengan orientasi laporan penyiasatan menggunakan kamera tersembunyi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd