• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengerusi DAP Perak Kata PAS Parti Angkuh

oleh Ahmad Albab
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – DAP menyifatkan PAS sebuah parti yang angkuh kerana tetap mahu bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada 18 Jun ini.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, keengganan PAS menerima tawaran Pakatan Harapan supaya PAS cuma bertanding di salah satu kerusi PAS tersebut sangat dikesali.

“Walaupun Pakatan Harapan telah membuat tawaran terbuka kepada PAS sejak dua minggu lalu untuk bertanding di salah satu kerusi di dua PRK tetapi PAS angkuh dan enggan berunding,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Kor Ming mendakwa, kedegilan parti PAS seperti yang dipamerkan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menunjukkan parti itu sudah menolak pakatan pembangkang.

Justeru, kata beliau, Pakatan Harapan perlu meletak calon terbaik daripada parti itu di kedua-dua PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar untuk menandingi PAS dan UMNO.

Semalam, Abdul Hadi menegaskan rundingan bersama Pakatan Harapan bagi memutuskan calon daripada parti mana yang akan bertanding di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar telah tamat.

Kata Abdul Hadi, keputusan PAS meletakkan calonnya di dua PRK terbabit adalah muktamad.

“Pakatan Harapan datang berbincang dengan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

“PAS sudah tiga, empat kali bertanding di situ maka kami berhak bertanding di kawasan terbabit,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: DAP
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

Jika Kami Menang, Car Free Zone 24 Jam Akan Dikaji Semula – DAP

03/10/2026
0

MELAKA - Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong memberi jaminan dasar kawasan bebas kenderaan atau Car Free Zone (CFZ) di...

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

Najib ‘Garis Merah’ DAP, Parti Perlu Bertindak – Kian Ming

19/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas pemimpin DAP, Dr. Ong Kian Ming berpandangan parti itu perlu mengambil tindakan lebih tegas sekiranya isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd