• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bunyi Penggera Gagalkan Cubaan Larikan Mesin ATM

oleh Ahmad Albab
22/05/2016
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BESUT – Bunyi penggera berjaya menggagalkan cubaan penjenayah melarikan sebuah mesin juruwang automatik (ATM) dan mesin deposit tunai (CDM) milik sebuah bank di Kuala Besut, dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi berkata dalam kejadian kira-kira pukul 5.20 pagi itu, sebuah mesin CDM didapati telah beralih dari kedudukan asal, manakala mesin ATM pula telah ditinggalkan di atas jalan oleh penjenayah.

“Penjenayah dipercayai telah cuba melarikan kedua-dua mesin berkenaan tetapi gagal hingga menyebabkan pintu cermin utama di bahagian hadapan bank itu pecah ketika cubaan menarik kedua-dua mesin tersebut keluar,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, katanya, Balai Polis Kuala Besut menerima panggilan daripada syarikat pengendali sistem pengera itu yang memaklumkan mengenai bunyi penggera pada kira-kira pukul 5.35 pagi.

“Bertindak atas aduan itu anggota polis yang bertugas telah diarahkan membuat pemeriksaan di bank tersebut. Sebaik tiba di lokasi lima minit kemudian, kita mendapati pintu cermin bank berkenaan telah pecah.

“Polis juga mendapati sebuah mesin ATM dan CDM sudah beralih daripada tempat asalnya”, katanya.

Menurut Mohd Zamri, siasatan masih diteruskan dan anggaran kerugian masih belum dapat ditentukan setakat ini. – BERNAMA

Tags: mesin ATM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Caj RM1 Dikecualikan Di ATM Rangkaian MEPS

03/04/2020
0

CAJ pengeluaran RM1 di semua mesin pengeluaran wang (ATM) rangkaian Malaysian Electronic Payment System Sdn Bhd (MEPS) diberi pengecualian berkuatkuasa...

Jangan ‘Serbu’ Mesin ATM, Pasar Raya!

25/03/2020
0

SEPERTI sedia dimaklumi, semua penjawat awam menerima gaji pada hari ini, namun perlu diingatkan agar mereka terus kekal mematuhi peraturan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd