• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Thirsty Runner 2016’ Jadikan Peserta Lebih Menghargai Air

oleh Ahmad Albab
22/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERDANG – ‘Thirsty Runner 2016’ yang berlangsung hari ini memberi impak positif kepada para peserta mengenai kesedaran dan kepentingan penggunaan air.

Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) Datuk Mohd Ridhuan Ismail berkata sepanjang acara tersebut berlangsung, tiada air minuman dibazirkan di jalanan.

“Berbeza dengan penganjuran acara larian lain seumpama itu…kebiasaannya kita melihat banyak air minuman yang bertaburan dibazirkan oleh peserta,” katanya kepada Bernama selepas acara itu di sini, hari ini.

Beliau berkata peserta hanya diberikan air minuman pada ‘check point’ terakhir dan kesedaran peserta dapat dilihat apabila mereka sangat menghargai bekalan air itu.

Sejumlah 1,500 peserta mengambil bahagian dalam larian tiga kategori iaitu 3km, 6km dan 12km, bertempat di Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS), Serdang, di sini.

Seorang peserta, Nurul Huda Yusof, 42, berpendapat acara seperti itu perlu dilakukan setiap tahun kerana ia dapat memberi peringatan kepada masyarakat tentang penjimatan penggunaan air.

Foong Kok Leong dari Kuala Lumpur pula berkata penganjuran acara seumpama ini memberi banyak manfaat.

“Selain dapat meluangkan masa bersama keluarga menyertai acara larian ini, ia juga dapat memberi ilmu pengetahuan baharu kepada saya dan keluarga untuk lebih menghargai air dalam kehidupan seharian,” katanya.

Menyedari pentingnya menyemai kesedaran masyarakat mengenai kepentingan air, Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM) dan SPAN mengambil inisiatif dengan menganjurkan larian itu sempena Hari Air Sedunia 2016.

Acara itu mendapat kerjasama Forum Air Malaysia dan Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA). – BERNAMA

Tags: airlarian
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

10/04/2026
0

PUTRAJAYA - Masyarakat diminta mengamalkan gaya hidup lebih berjimat dan sederhana dalam menghadapi tekanan krisis tenaga global ketika ini. Menteri...

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada seluruh rakyat agar menggunakan air secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd