• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kereta Pegawai Kastam Terbakar Angkara Perbuatan Khianat

oleh Ahmad Albab
23/10/2014
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

JITRA – Sebuah kereta Perodua Kelisa milik seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia terbakar di kediamannya di Taman Bukit Indah di sini pagi tadi dipercayai angkara perbuatan khianat individu tidak dikenali.

Kereta milik mangsa, Roslan Othman, 56 itu terbakar selepas dipercayai terkena ‘molotov cokctail’ yang dibaling dari luar rumah dalam kejadian pukul 5 pagi.

Roslan berkata kejadian itu disedarinya selepas menerima panggilan telefon daripada seorang jiran yang ternampak api sedang marak pada kereta di depan rumahnya.

“Bila saya keluar api dah marak dan saya bersama anak bergegas memadam api dengan air sebelum menunggu bantuan daripada pihak bomba,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Beliau yang bertugas di Unit Dagangan Kastam Bukit Kayu Hitam berkata, beliau bernasib baik kerana api tidak merebak ke rumahnya dan sebuah lagi kereta yang terletak di hadapan kereta yang terbakar.

Roslan berkata beliau tidak menolak kemungkinan kejadian itu disebabkan perbuatan khianat memandangkan pihak polis yang datang membuat pemeriksaan turut mengesan kewujudan serpihan botol plastik dipercayai berisi cecair mudah terbakar.

Katanya perbuatan khianat ini merupakan kali kedua berlaku terhadap keluarganya selepas rumahnya sebelum ini pernah dikejutkan dengan tembakan
rambang pada 2010.

Katanya beliau bersyukur kerana tiada kecederaan ke atas dirinya, isteri dan empat anaknya walaupun terpaksa menanggung kerugian hampir RM30,000 akibat kejadian itu.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Abd Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Katanya siasatan awal pihaknya menemui serpihan bekas plastik berwarna hijau yang terbakar dan berbau petrol di belakang kereta mangsa.

“Punca kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: Kastamkhianat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘UMNO-BN Negeri Sembilan Khianat Mandat Rakyat’ – Wanita PKR

‘UMNO-BN Negeri Sembilan Khianat Mandat Rakyat’ – Wanita PKR

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) menzahirkan rasa kesal terhadap UMNO Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan yang kerana...

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd