• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Melaka United Rampas Kembali Persada Liga Perdana

oleh Ahmad Albab
22/05/2016
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Melaka United berjaya merampas kembali takhta Liga Perdana selepas membenam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-1 dalam perlawanan tunggal di Stadium Hang Jebat, Krubong di sini malam Sabtu.

Melaka, yang sebelum ini di tangga keempat, melonjak ke tangga teratas liga apabila berjaya mengutip 27 mata, mengatasi Negeri Sembilan di tempat kedua yang mengutip 25 mata daripada 12 perlawanan.

Ilija Spasojevic membuktikan bertapa beliau penggempur yang perlu digeruni lawan apabila meledak hattrik manakala dua pemain sayap Jasmir Menhat dan R. Surendran kerap mengucar-kacir pertahanan lawan dengan larian deras.

Anak buah Mohd Zan Mat Aris membuka tirai jaringan seawal minit ke-sembilan hasil ledakan deras Spasojevic di dalam kotak penalti selepas menerima hantaran daripada Surendran.

Spasojevic, yang juga ketua pasukan, menjaringkan gol kedua Skuad Sang Kancil itu selepas tenang menyudahkan hantaran lintang rendah daripada Jasmir pada minit ke-18.

Gandingan Spasojevic dan Jasmir sekali lagi berjaya menembusi penjaga gol ATM, Mohamad Hafizuddin Azuhar untuk gol ketiga apabila Spasojevic merembat masuk gol hasil hantaran Jasmir pada minit ke-23.

Pada separuh masa kedua, Melaka memperlahankan rentak, bagaimanapun ATM terus mengasak hasilnya pada minit ke-58 Venice Elphi Danny Kaya menjaringkan gol sagu hati ATM setelah menyudahkan hantaran lintang Mohammad Azim Faris Shari.

ATM dibimbing Mohd Azuan Mohd Zain terus melakukan asakan bertali arus tetapi gagal menghasilkan sebarang gol sehingga pengadil Khairulazuan Kidam meniupkan wisel penamat.

ATM kini tercorot di tangga liga dengan hanya satu mata. – BERNAMA

Tags: Melaka United
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Cheng Hoe Nafi Dirisik Melaka United

19/01/2022
0

BEKAS pengendali skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe menafikan khabar angin bahawa dirinya sudah dirisik pengurusan Melaka United untuk menjadi ketua...

Shukor Pasang Impian Bawa Melaka United Ke Piala AFC

31/12/2018
0

MELAKA - Bekas kapten kebangsaan, Shukor Adan memasang impian untuk membawa Melaka United beraksi di Piala AFC selepas kembali menabur...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd