• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

12 Orang Hilang Di Pulau Aur Ditemui Selamat – APMM

oleh Ahmad Albab
22/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Bot nelayan yang membawa 12 orang termasuk 10 kaki pancing yang hilang di persekitaran Pulau Aur, Mersing sejak Selasa, ditemui selamat hari ini.

Bot itu dikesan pada 6.15 petang tadi oleh aset udara Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) di kedudukan 25 batu nautika Timur Laut, Tanjung Sedili, dekat Kota Tinggi.

“Semua mangsa selamat,” kata Timbalan Pengarah (Operasi) Wilayah Selatan APMM Kapten Maritim Saiful Lizan Ibrahim dalam kenyataan di sini, hari Sabtu.

Beliau berkata APMM telah mengerakkan aset lautnya ke lokasi bagi menyelamat dan menunda bot itu ke jeti Tanjung Sedili.

Kawasan mencari dan menyelamat mangsa dari Pulau Aur, Mersing sehingga Tanjung Sedili, Kota Tinggi melibatkan 60 anggota dari pelbagai agensi, katanya.

Bot nelayan itu, yang membawa seorang tekong, seorang awak-awak dan 10 kaki pancing, bertolak dari jeti Tanjung Sedili pada Selasa dan sepatutnya pulang pada Khamis.

Bagaimanapun, kedudukan terakhir bot itu dikesan di perairan Pulau Aur, Mersing, kira-kira empat batu nautika dari Pulau Jemaja, Indonesia, kata Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman.

Menurutnya laporan kehilangan mereka dibuat oleh isteri tekong yang juga pemilik bot itu pada 6.30 petang semalam setelah gagal menghubungi suaminya.

Sebahagian daripada mangsa dikenali sebagai Roslan Husin, 34 (tekong), pemancing – Mohd Firdaus Jalil (tidak diketahui umur), Mansor Ibrahim, 63, Syaril Mohamad, 33, Muhamad Arham Salim, 24, Emran Firdaus Mohd Said, 30, Abd Rashid Saian, 44, Mohd Zaini Mohd Dekan, 50, dan Tan Seng Foo, 55.

Tiga lagi belum diketahui identiti mereka. – BERNAMA

Tags: APMM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

APMM Patahkan Cubaan Seludup 6 Tan Bijih Timah

30/12/2025
0

Batu Pahat: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Batu Pahat mematahkan cubaan seludup masuk kira-kira enam tan bijih timah bernilai...

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

Kapal Kargo Karam, 15 Anak Kapal Berjaya Diselamatkan Di Perairan Terengganu

07/12/2025
0

KEMAMAN, 6 Disember – Seramai 15 anak kapal sebuah kapal kargo yang mengalami kebocoran serius ketika dalam pelayaran dari Lumut,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd