• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemandu Maut Selepas Lori Rempuh Treler Di LPT2

oleh Ahmad Albab
21/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUNGUN – Seorang pemandu lori maut selepas kenderaan yang dipandunya merempuh belakang sebuah treler dalam kejadian di kilometer 373.5 Lebuhraya Pantai Timur 2 berhampiran kawasan Rawat dan Rehat (R&R) Bukit Besi, di sini, awal hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 5.15 pagi itu menyebabkan Mohd Syarif Mat Saleh, 36, terbunuh di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Ketika insiden, mangsa dalam perjalanan dari Kuantan menghala ke Kuala Terengganu sebelum lori yang dipandunya dipercayai hilang kawalan dan merempuh treler yang berada di hadapannya.

Rempuhan kuat itu mengakibatkan kedua-dua lori itu ‘melekat’ dan Mohd Syarif, yang berasal dari Kubang Bakong, Kuala Terengganu, tersepit serta meninggal dunia di lokasi kejadian.

Sementara itu pemandu treler, Ibrahim Ahmad, 59, berkata ketika dalam perjalanan menuju ke Kuala Terengganu, lori yang dipandunya tiba-tiba bergegar dan apabila menoleh ke arah belakang, dia mendapati sebuah lori telah merempuh bahagian belakang treler.

“Ketika treler masih bergerak, saya dapati lori yang terlanggar treler saya masih lagi melekat di situ dan bimbang situasi itu mengundang bahaya kepada pengguna lain saya ke kiri jalan dan berhenti.

“Apabila saya turun, mangsa masih bernyawa dan merintih meminta tolong tetapi saya tidak boleh berbuat apa-apa kerana dia tersepit di tempat duduk pemandu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Dungun Supt Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian.

Katanya bomba mengambil masa kira-kira dua jam untuk mengeluarkan mangsa dan mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk dibedah siasat. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd