KUNSHAN – Jurulatih badminton China, Li Yongbo didesak agar meletakkan jawatan oleh penyokong yang marah selepas pasukan Piala Thomas negara itu tersingkir, sekali gus memberi kesan kepada persiapan ke Olimpik.
Penonton mengejek dan menjerit “Li Yongbo letak jawatan!” selepas China tewas 3-1 kepada Korea Selatan pada saingan suku akhir di Kunshan.
Seorang penyokong yang terlalu emosi dan bertukar histeria, terpaksa dikawal keluar dari stadium oleh anggota keselamatan selepas pemain nombor satu China, Chen Long dan dua beregu tumpas kepada pemain Korea.
Keputusan itu memberi tamparan buruk kepada kempen persiapan Olimpik China di Rio de Janeiro, Brazil, selepas empat tahun lalu menjadi negara pertama menyapu bersih semua lima emas acara badminton yang dipertandingkan.
China yang diketuai Yongbo sudah mendominasi sukan badminton sejak sedekad lalu namun emas emas mereka disifatkan ke jalan penghujung.
“Li Yongbo sepatutnya letak jawatan,” kata penyokong tuan rumah, Zhang Bohan dengan nada keras.
“Saya rasa ada sesuatu yang tidak kena kepada pasukan China dengan cara pengurusan atau ada perkara lain,” katanya. – AFP

