• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raja Ema Pakai Baju Sanding Bikin Netizen Kecoh

oleh AK-47
21/05/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
1
Share on FacebookShare on Twitter

SEMALAM, netizen kecoh apabila sekeping foto Raja Ema berpakaian cantik persis seorang mempelai tersebar di laman sosial.

Foto yang dimuat naik tanpa sebarang kapsyen itu telah menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat aktres ini.

Adakah Raja Ema bakal menamatkan zaman jandanya?

Penyanyi dan pelakon terkenal era 1980-an itu yang lebih mesra dipanggil Kekma akui dirinya menerima banyak lamaran jejaka yang mahu menyuntingnya.

Malah Kekma juga pernah memberitahu sebuah portal hiburan bahawa dia akan menamatkan zaman jandanya dan  bersara daripada dunia hiburan.

Raja Ema Pakai Baju Sanding Buat Netizen Kecoh
Raja Ema

“Saya berharap agar semua mendoakan perancangan saya ini. Jadi sebab itulah saya rasa nak bersara selain fokus pada perniagaan,” katanya.

Pelantun lagu Jejaka Idaman ini telah dihubungi oleh sebuah portal akhbar bagi mendapatkan penjelasan berkenaan gambar yang menjadi tanda tanya netizen itu.

Menurut penjelasan Kekma kepada portal itu, foto tersebut adalah salah satu babak dalam telefilem terbaharunya untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) bergandingan dengan pelakon Kazarudin Saisi atau lebih dikenali Kazar.

“Oh, jangan salah sangka pula. Itu gambar Kekma dalam telefilem Man Kobena untuk siaran RTM. Dalam cerita itu, Kekma kahwin dengan pelakon Kazar,” katanya kepada portal itu.

Raja Ema Pakai Baju Sanding Buat Netizen Kecoh

Tambah Kekma lagi, dia perlu memikirkan semula hasrat untuk bersara dari dunia seni setelah berkahwin memandangkan rezeki yang mencurah-curah datang.

“Itulah… Kalau nak bersara jika berkahwin dengan lelaki berkenaan, banyak pula rezeki yang datang sekarang ini. Pening juga Kekma,” katanya.

“Baru seronok nak kembali menjalani penggambaran. Kekma kena fikir masak-masak soal ini,” katanya yang kembali hidup solo sejak lima tahun lalu.

Difahamkan Kekma pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 1993 dan dikurniakan dua cahaya mata namun bercerai dan berkahwin buat kali kedua tetapi masjid yang dibina tidak bertahan lama kerana turut mengalami nasib sama. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Raja Ema
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Raja Ema Selesa Dipanggil Bertudung, Bukan Berhijab

16/08/2016
0

TAMPIL berkeyakinan dengan imej baharu, pelakon dan penyanyi Raja Ema Raja Ibrahim akui lebih selesa jika dia dikatakan telah bertudung...

Raja Ema Tak Jadi Kahwin Ahli Perniagaan, Kerana..

30/06/2016
1

BEBERAPA bulan lalu, pelakon dan penyanyi terkenal era 1980-an Raja Ema pernah mengumumkan akan mengakhiri zaman solonya dengan seorang ahli...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd