• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Raya Terakhir Sebagai Lelaki Bujang – Azwan Kombos

oleh AK-47
20/05/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAHUN lalu, hubungan cinta antara pendatang baharu, Ezzaty Abdullah dan Azwan Kombos, bukan lagi rahsia bagi peminat dan juga media tempatan.

Malah Ezzaty turut berkongsi dengan media bahawa dia senang dan selesa bersama Azwan yang pandai mengambil hati dan peramah.

Demi membuktikan tanda cinta, Azwan telah menghantar rombongan merisik kekasihnya itu di kediamannya di Bentong, Pahang pada Mac lalu.

Raya Terakhir Saya Sebagai Lelaki Bujang- Azwan Kombos

Menurut Azwan, 31; kepada sebuah portal, mereka tidak akan mengikat tali pertunangan sebaliknya akan terus melangsungkan perkahwinan.

“Tarikh pernikahan kami belum tetapkan lagi. Tetapi saya akan bertemu dengan keluarga Ezzaty as soon as possible untuk menetapkan tarikh hari bahagia kami,” katanya kepada sebuah portal beberapa bulan lalu.

Terbaharu, pasangan ini ketika ditemui di sebuah majlis menjelaskan bahawa mereka akan melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini dan masih mencari tarikh yang sesuai untuk hari bahagia itu.

Raya Terakhir Saya Sebagai Lelaki Bujang- Azwan Kombos

“Raya tahun ini merupakan raya yang terakhir saya sebagai bujang. In shaa Allah kami akan bernikah selepas hari raya tahun ini. Tanggungjawab kita sendiri akan bertambah dan perlu banyak bermuhasabah diri,” katanya.

Dalam pada itu, Ezzaty turut berkongsi mengenai persiapan kahwin mereka yang berjalan lancar walaupun sibuk dengan jadual kerja masing-masing.

“Alhamdulillah persiapan berjalan dengan lancar, kerana saya ada team sendiri yang dilantik untuk menguruskan segala hal perkahwinan ini,” jelas Ezzaty.

Difahamkan, bakal pasangan pengantin baru ini mengimpikan sebuah konsep perkahwinan yang santai. -MYNEWSHUB.CC

Tags: Azwan KombosEzzaty Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pakaian Seksi Itu Ezzaty Tunjuk Suami Dahulu

17/08/2018
0

PELAKON Ezzaty Abdullah memberitahu dia terpaksa berpakaian seksi bagi membawakan watak 'ibu ayam' dalam drama KL Gangster Underworld. Bagaimanapun Ezzaty,...

Ezzaty Terharu Suami Sabar, Tak Terkata Rasa Sakit…

04/02/2018
0

SEBAK rasanya apabila membaca kapsyen ditulis oleh pelakon Ezzaty Abdullah menerusi akaun Instagram miliknya, semalam selepas menjalani rawatan di hospital selama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd