• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cerita Sebenar Gambar ‘Kucing Diracun’ Di UTM

oleh AK-47
20/05/2016
dalam Hangat, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEJAK semalam, tersebar sekeping gambar di media sosial memaparkan sekumpulan kucing yang mati dikatakan diracun di perkarangan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Jalan Semarak di Kuala Lumpur.

Gambar menyedihkan itu mendapat pelbagai kritikan dari netizen, yang turut memohon penjelasan dari pihak universiti tersebut mengenai perkara sebenar.

Menangkis dakwaan tersebut, Pengarah Kampus UTM, Profesor Dr. Durrishah Idrus tampil memberi penjelasan berkenaan hal yang menimbulkan kegusaran orang ramai itu.

Menerangkan secara lanjut dalam laman sosial Facebooknya, Durrishah berkata pihaknya mendapati kehadiran anjing liar dalam kawasan kampus sehari sebelum kejadian yang memungkinkan kucing mati digigit anjing itu.

utmkl

“Apa yang berlaku ialah sekumpulan anjing liar telah berjaya masuk dalam kawasan kampus, kemudiannya berjaya dihalau keluar.

“Ia berlaku sehari sebelum, iaitu senja ke malam. Bangkai kucing ditanam esoknya, dan memang ada kesan gigitan.

“Malangnya, ada orang yang ada akses kepada gambar menyebar cerita kucing diracun. Tak pernah berlaku kucing diracun di UTMKL.

“Malah ada ramai pencinta kucing yang memberi atau membelikan kucing makanan,” kata Durrishah.

Beliau juga menegaskan bahawa perkara tersebut telah selesai disiasat dan si penyebar berita palsu pula telah memohon maaf kepada UTMKL secara rasmi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: isu viralkucingUTM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

25/12/2025
0

Kalau benar kucing ini dibuang oleh manusia, tolong dengar baik-baik. Kucing ini jinak, bersih, dan jelas pernah hidup indoor. Lebih...

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

16/11/2025
0

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki warga Nepal yang disyaki meliwat dan mencampak seekor kucing dari aras empat sebuah pangsapuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd