• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jabing Dihukum Gantung Selepas Mahkamah Singapura Tolak Tangguh Hukuman

oleh Ahmad Albab
20/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Anak kelahiran Sarawak, Jabing Kho hari ini gagal untuk penangguhan pelaksanaan hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan Singapura menolak rayuannya di saat akhir.

Prosiding yang mengambil masa lebih tiga jam itu didengar di hadapan panel Hakim Rayuan Chao Hick Tin dan Andrew Phang serta hakim Woo Bih Li, Lee Seiu Kin dan Chan Seng Onn.

Chao dalam penghakimannya berkata peguam bela Jabing mengemukakan hujahan dan kandungan yang sama.

“Tiada isu sebenar dibangkitkan,” kata hakim.

Pelaksanaan hukuman Jabing sepatutnya dijalankan hari ini tetapi peguam belanya berjaya memperoleh penangguhan sementara, pelaksanaan hukuman itu.

Peguamnya, Jeanette Chong-Aruldoss berjaya memfailkan notis rayuan di Mahkamah Rayuan selepas mendapat perintah Mahkamah Tinggi lewat malam tadi.

Chong memfailkan segera saman pemula di Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan penangguhan pelaksanaan hukuman tetapi ia ditolak oleh Pesuruhjaya Kehakiman Kannan Ramesh.

Beliau diberi hingga 11 malam Khamis untuk mengemukakan rayuan terhadap penolakan itu, bagi membolehkan penangguhan pelaksanaan hukuman itu.

Jabing hari ini diwakili peguam Alfred Dodwell.

Minggu lepas, keluarga Jabing menerima surat daripada Jabatan Penjara Singapura yang memaklumkan Jabing akan menjalani hukuman gantung, hari ini.

Berasal dari Ulu Baram, Sarawak, Jabing, 31, dihukum gantung pada 2010 selepas didapati bersalah membunuh seorang pekerja binaan warga China, Cao Ruyin dalam cubaan merompak di Geylang Drive di sini pada 2008.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu bersama-sama dengan seorang rakan senegerinya, Galing anak Kujat.

Bagaimanapun, Jabing berjaya dalam rayuannya di Mahkamah Tinggi untuk mengetepikan hukuman itu pada 2013 susulan kajian semula undang-undang mati mandatori di Singapura.

Dia kemudian dikenakan hukuman penjara seumur hidup dan 24 sebatan.

Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan pendakwa raya untuk mengembalikan hukuman mati terhadap Jabing pada Januari 2015.

Kemudian Mahkamah Tinggi menolak rayuan terakhir Jabing pada 5 April 2016.

Pada November 2015, peguam Jabing mengemukakan usul jenayah untuk mengurangkan hukumannya dan mendapat kebenaran untuk menangguhkan hukuman bagi membolehkan peguam menyediakan kesnya semula.

Ibu dan anggota keluarganya hadir di mahkamah hari ini. – BERNAMA

Tags: hukuman matiSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

Tiada Keperluan Hukuman Mati Bagi Kes Pemandu Mabuk

13/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada keperluan untuk kerajaan memperkenalkan hukuman mati di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi kes memandu di...

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd