• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bergaul Dengan Kumpulan Agama Lain Menjadikan Rakyat Lebih Memahami

oleh Ahmad Albab
20/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bergaul dengan kumpulan agama lain akan menjadikan rakyat Malaysia lebih memahami, dan bukannya memilih untuk melakukan keganasan kerana terpesong daripada ajaran agama mereka, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana menteri berkata amalan sedemikian akan menjadikan rakyat Malaysia lebih alim dan menjadi “rakyat Malaysia yang lebih baik, lebih memahami dan menghormati.

“Dengan mengurung diri dalam agama sendiri akan menyebabkan ketaksuban, mencetuskan perasaan ekstrem dan perjuangan yang sesat atas nama agama.

“Ketika mereka cuba mengamalkan agama melalui cara yang terpesong ini, mereka hanya menggali kubur agama mereka sendiri,” katanya dalam catatan blog beliau untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada penganut Buddha.

Katanya di Malaysia, penganut agama Buddha merupakan yang kedua terbesar selepas masyarakat Islam.

Najib berkaya hakikat bahawa terdapat banyak kuil dan pusat penganut Buddha di negara ini, merupakan bukti kebebasan beragama di negara berbilang etnik dan agama di Malaysia.

Beliau mengakui ramai daripada kumpulan penganut Buddha yang membantu rakyat Malaysia semasa bencana alam di negara ini seperti banjir di Kelantan pada penghujung 2014.

“Adalah amat mengharukan melihat ramai penganut Buddha membantu mendekati masyarakat Islam dan komuniti Orang asli yang terjejas teruk akibat banjir yang melanda.

“Setiap hari sepanjang minggu kumpulan ini mengendalikan dapur bantuan, memberi makanan kepada yang memerlukan. Semasa Hari Raya, Tahun Baharu Cina, Depavali dan Krismas, mereka turut menghulurkan pek makanan yang mengandungi makanan kering, alat mandian, tuala, baju dan lain-lain kepada mereka yang memerlukan ini,” katanya.

Beliau berkata beberapa kumpulan penganut Buddha juga mengedalikan rumah orang tua dan anak-anak yatim

Penganut Buddha juga merupakan kumpulan terbesar yang memberikan ikrar janji untuk menderma kornea mereka di negara ini, membantu memberikan cahaya kepada yang catat penglihatan, katanya.

“Mereka melakukan ini semua atas tuntutan agama, menolong semua orang tanpa mengira agama. Saya mahu mengucapkan tahniah kepada anda yang patuh terhadap ajaran agama tanpa mementingkan diri,” katanya. – BERNAMA

Tags: masyarakatNajib Tun Razak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

10/04/2026
0

PUTRAJAYA - Masyarakat diminta mengamalkan gaya hidup lebih berjimat dan sederhana dalam menghadapi tekanan krisis tenaga global ketika ini. Menteri...

Dari ‘Jeff I Kill My Brother’ Ke Realiti Hari Ini: Tragedi Pemandu Mabuk Masih Berulang

Dari ‘Jeff I Kill My Brother’ Ke Realiti Hari Ini: Tragedi Pemandu Mabuk Masih Berulang

31/03/2026
0

RAKYAT tanpa mengira kaum, agama atau latar belakang senada menuntut tindakan lebih tegas dan serius diambil bagi menangani isu pemandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd