• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, April 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pes Masakan Cina Sasar Perluas Pasaran Di Luar Kelantan

oleh Ahmad Albab
22/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Penggemar masakan Cina terutama di negeri-negeri di pantai timur bakal berpeluang menikmati masakan seperti ‘ikan tiga rasa’ di rumah sendiri menggunakan pes jenama ‘The Oriental’, keluaran pengusaha industri kecil dan sederhana di sini, Noor Azlina Che Harun.

Noor Azlina, 33, berkata pes yang dihasilkannya secara kecil-kecilan sejak dua bulan lepas di rumahnya di Taman Sri Aman, Panji di sini mendapat sambutan menggalakkan dari seluruh Kelantan.

“Lebih 1,000 peket pes ini dapat dijual dalam tempoh dua bulan ini dan saya bercadang memperluas pasaran ke luar Kelantan kerana sudah ada permintaan terutama dari negeri-negeri berjiran,” katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Katanya beliau juga menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah terutama bagi pelanggan di sekitar daerah ini dan merancang untuk melebarkan perkhidmatan itu ke jajahan lain.

“Saya mula menghasilkan pes ini selepas restoran yang saya jalankan ‘The Oriental’ sejak lima tahun lepas ditutup beberapa bulan lalu kerana pemilik tidak mahu lagi menyewakannya premisnya itu.

“Ramai pelanggan menghubungi saya meminta saya meneruskan perniagaan dengan menghasilkan pes masakan,” katanya.

Buat masa ini beliau menghasilkan pes ‘ikan tiga rasa’, ‘ayam masak mongolian’, ‘ayam masak lemon’, masakan ‘nyonya’ dan pes kerabu mangga serta merancang untuk menambah beberapa jenis pes lagi dalam masa terdekat.

“Setiap peket 500 gram itu berharga antara RM13 dan RM20, serta boleh diguna untuk sehingga tiga kali masakan,” katanya.

Mereka yang berminat boleh menghubunginya di talian 012-6925563. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahmad Zahid Mahu Bincang Dengan PMX Kemelut Di Negeri Sembilan, ADUN UMNO Buat Keputusan Sendiri

Ahmad Zahid Mahu Bincang Dengan PMX Kemelut Di Negeri Sembilan, ADUN UMNO Buat Keputusan Sendiri

27/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO Negeri Sembilan menarik balik sokongan terhadap Menteri Besar merupakan keputusan...

BN Negeri Sembilan Umum Miliki Majoriti Mudah Bentuk Kerajaan Negeri

BN Negeri Sembilan Umum Miliki Majoriti Mudah Bentuk Kerajaan Negeri

27/04/2026
0

SEREMBAN - Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan mengumumkan telah mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri susulan sokongan Ahli Dewan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd