• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Salleh Bidas Kecenderungan WSJ Petik Sumber Tidak Dinamakan

oleh Ahmad Albab
20/05/2016
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas akhbar The Wall Street Journal (WSJ) kerana terus membuat dakwaan palsu tetapi memetik pihak yang tidak dinamakan sebagai sumbernya.

Ini, katanya, adalah cara yang pengecut untuk mengelak daripada disaman.

“Bagaimanapun kami tahu mereka tidak akan menyatakan nama, sebab mereka tidak akan dapat (menyatakannya),” kata Salleh dalam catatan terkini blog beliau, sskeruak.blogspot.com. yang menyelar laporan WSJ tentang Malaysia.

“Hakikatnya adalah laporan mereka ditulis berdasarkan khabar angin, dan merupakan pembohongan bermotifkan politik yang mereka terima tanpa mendapatkan pengesahan sewajarnya, demi memaparkan satu lagi tajuk berita sensasi,” katanya.

Salleh menegaskan bahawa meskipun sumber tanpa nama mereka itu seringkali terbukti tidak benar, misalnya dalam laporan palsu berhubung Gabenor Bank Negara Malaysia yang baharu, namun WSJ terus membuat dakwaan tanpa sebarang bukti.

Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata bukanlah satu kebetulan apabila semua laporan WSJ tentang Malaysia sejak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memulakan kempen Anti-Najib ditulis berdasarkan kepada satu perkara – apa yang mereka dakwa sebagai memetik sumber tanpa nama dan penyiasat tanpa nama.

“Tidak pernah walau sekali pun satu nama disebut bagi kesemua sumber ini. Jika mereka benar-benar wujud, kenapa WSJ tidak memaklumkan kepada rakyat Malaysia siapakah mereka ini?

“Jika tidak, bagaimana mereka harapkan apa yang mereka tulis boleh dipercayai, sedangkan sudah beberapa kali laporan mereka itu dibuktikan tidak benar,” kata Salleh.

Artikel terkini WSJ, sekali lagi memetik sumber yang tidak dinyatakan, berkaitan dakwaan pembelian hartanah di London. – BERNAMA

Tags: Salleh KeruakWSJ
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tun M Akan Terajui Kerajaan Satu Atau Dua Tahun

16/05/2018
0

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad merancang untuk menerajui kerajaan selama satu atau dua tahun selepas kejayaan bersejarah...

Salleh Keruak Tenang, Akur Keputusan PRU14

11/05/2018
0

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyifatkan kekalahannya dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) sebagai sesuatu ‘yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd