• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nazir Razak Tidak Salah Guna Jawatannya – CIMB

oleh Ahmad Albab
19/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Hasil semakan dalaman terperinci terhadap aktiviti perbankan membabitkan akaun peribadi Datuk Seri Nazir Razak, mendapati beliau tidak menyalahgunakan jawatan serta kedudukannya sebagai Pengerusi Kumpulan CIMB dan Pengarah CIMB Bank.

Sehubungan itu, Nazir yang bercuti secara sukarela mulai 19 April lepas, akan menyambung semula tugasan serta peranannya menerajui kumpulan itu berkuat kuasa esok, kata CIMB dalam satu kenyataan Rabu.

Semakan dalaman itu diadakan susulan pengakuan Nazir berhubung pembabitannya membantu agihan dana sebanyak US$7 juta (US$1=RM4.04) menjelang Pilhan Raya Umum ke-13 lepas.

“Selain hasil semakan dalaman itu, barisan Lembaga Pengarah CIMB Group Holdings Bhd dan CIMB Bank Bhd turut mengambil kira keputusan undi percaya oleh pemegang saham terhadap kepimpinan Nazir pada mesyuarat agung tahunan 2016.

“Keputusan itu juga berkait rapat dengan rekod bersih perkhidmatan beliau dalam kumpulan ini sejak 1989,” kata kenyataan itu.

Tindakan Nazir bercuti juga bagi memastikan ketelusan serta kewibawaan semakan dalaman oleh kumpulan CIMB susulan pengakuannya berhubung pengagihan dana berkenaan.

Menurut kenyataan itu, kehadiran Nazir untuk menyambung tugas dan tanggungjawabnya juga menandakan semakan menyeluruh berkenaan kini selesai.

“Pihak Lembaga Pengarah turut melantik firma audit luaran Messrs. Ernst & Young selain mendapatkan nasihat undang-undang bagi membantu mereka berhubung semakan dalaman itu,” kata kenyataan itu.

Menurut CIMB, hasil semakan itu memutuskan bahawa Nazir tidak menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ketua Eksekutif Kumpulan pada ketika itu atau wujud sebarang bukti bahawa sumber-sumber bank itu diselewengkan.

Namun, pihaknya turut mengenal pasti beberapa kelemahan yang disusuli arahan Lembaga Pengarah supaya pihak pengurusan melakukan usaha penambahbaikan dengan segera.

Selain bertujuan mengukuhkan peraturan dalaman dan proses berkaitan bagi mengelak kejadian itu berulang, langkah itu juga dilakukan demi kemajuan masa depan kumpulan CIMB.

“Lembaga Pengarah komited untuk mengekalkan tahap tadbir urus korporat yang tinggi dalam kumpulan ini dan keputusan ini diambil dengan matlamat untuk memenuhi tanggungjawab berkaitan,” kata Pengarah Kanan Bebas Kumpulan dan Pengerusi Jawatankuasa Auditnya, Datuk Mohd Nasir Ahmad yang dipetik dalam kenyataan itu. – BERNAMA

Tags: CIMBNazir Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Auto Debit Bayaran Pinjaman Bank Sepatutnya Tak Berlaku

05/04/2020
0

PUTRAJAYA - Pemotongan auto debit melalui akaun bank tidak sepatutnya berlaku bagi pinjaman perbankan selari dengan penangguhan bayaran dilakukan oleh...

Grab, Razer, AirAsia Antara Firma Bida Lesen Bank Digital

23/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Kumpulan perkhidmatan pengangkutan e-hailing, Grab; firma perjudian, Razer; AirAsia; syarikat telekomunikasi, Axiata dan CIMB merupakan antara syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd