• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Panggilan Bom Palsu: Ahli Perniagaan Ditahan

oleh Ahmad Albab
18/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Polis menahan seorang ahli perniagaan yang dipercayai membuat panggilan mendakwa terdapat bahan letupan di dalam sebuah pesawat komersial menuju ke Singapura semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Mohd Adnan Abdullah berkata lelaki berusia 41 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Taman Bukit Permata, Batu Caves dekat sini, pada pukul 8 pagi ini.

“Motif sebenar suspek membuat panggilan itu masih belum diketahui dan suspek akan direman esok untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mohd Adnan berkata kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.

Semalam, sebuah pesawat komersial menuju ke Singapura terpaksa berpatah balik selepas menerima panggilan yang mendakwa terdapat bahan letupan di dalam pesawat berkenaan.

Pesawat yang membawa 30 penumpang dan empat kru itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dekat sini, pada pukul 7.39 malam. – BERNAMA

Tags: Bom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Agong Zahir Ucapan Takziah Dua Anggota Tentera Terkorban, Titah Siasatan Menyeluruh

Agong Zahir Ucapan Takziah Dua Anggota Tentera Terkorban, Titah Siasatan Menyeluruh

16/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dua anggota tentera yang terkorban akibat terkena...

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

06/03/2025
1

SEOUL: Sekurang-kurangnya 15 orang awam cedera pada Khamis selepas sebuah Jet pejuang Korea Selatan secara tidak sengaja menggugurkan 8 bom...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd