• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Pistol: Siasatan Mendapati Safee Sali Tak Terlibat – Polis

oleh AK-47
18/05/2016
dalam Jenayah, Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Hasil siasatan pihak polis mendapati pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Safee Sali tidak terlibat dalam kes penemuan pistol di dalam kenderaannya.

Perkara itu disahkan oleh Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Zakaria Ahmad.

Bagaimanapun, menurutnya, polis Johor sedang dalam usaha melengkapkan kertas siasatan berkenaan sebelum dihantar kepada pihak pendakwa raya dalam masa terdekat.

“Kita akan hantar kertas siasatan kepada pihak pendakwa dalam masa terdekat untuk dapatkan keputusan. Setakat ini hasil siasatan kita mendapati Safee tidak terlibat dalam kes ini.

“Dia hanya menghantar kenderaannya untuk diubah suai ketika ditinggalkan tetapi keretanya itu telah disalah guna oleh suspek,” katanya.

Jelasnya lagi, pistol tersebut dipercayai milik suspek dan hasil semakan mendapati lelaki berusia 34 tahun itu juga mempunyai rekod jenayah lampau.

Pada Ahad lalu, suspek yang memandu kereta jenis Ford Ranger milik Safee ditahan polis dalam satu sekatan jalan raya selepas menjumpai sebuah beg berwarna kuning berisi sepucuk pistol dan kotak mengandungi 30 butir peluru hidup dalam kenderaan itu.

Suspek yang merupakan pemilik kedai aksesori kenderaan mengakui menyimpan pistol dan peluru berkenaan dengan alasan bagi melindungi keselamatannya.

Dakwa suspek senjata tersebut dijumpai ketika memancing di Loji Air di Jalan Sungai Tiram – Pasir Gudang.

Berikutan itu, suspek kini dalam tahanan reman sehingga 20 Mei dan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 kerana memiliki pistol dan peluru.

Terdahulu, Safee Sali dalam satu kenyataan menafikan pistol berkenaan adalah miliknya.

Difahamkan, Safee menghantar kenderaan tersebut ke kedai suspek minggu lalu untuk diubah suai dan dijadualkan mengambilnya semula selepas perlawanan akhir Piala FA antara JDT dan PKNS FC pada 14 Mei lalu. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Safee
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd