• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dira Abu Zahar Umum Berhenti Daripada Industri Seni

oleh AK-47
18/05/2016
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PELAKON dan pengarah terkenal, Dira Abu Zahar menerusi laman Twitternya baru-baru ini memberitahu dia mengambil keputusan untuk berhenti daripada terlibat dalam industri hiburan.

_89684044_89684043

Kenyataan itu sekali gus mengejut dan menimbulkan persoalan peminat industri hiburan.

Menurut Dira atau nama sebenarnya Khaidirah Abu Zahar, 32, keputusan drastik itu diambil kerana mahu memberi tumpuan dalam bidang perundangan dan memanfaatkan kembali kepada penggiat seni.

Ini kerana jelasnya, dia merasakan kebajikan penggiat seni seperti dipandang enteng sesetengah pihak.

“Sudah tiba masanya saya tampil dan mempraktikkan bidang undang-undang yang dipelajari bagi membela nasib insan seni seperti saya.

“Oleh kerana saya sayangkan industri ini, maka saya mengambil keputusan untuk melakukan sesuatu bagi mengubahnya.

“Seseorang perlu menyuarakan pendapat melalui medium yang betul bagi mewujudkan undang-undang yang difahami oleh penggiat seni dan orang luar.

“Ramai yang melihat industri hiburan sebagai dunia popular namun hakikatnya ia ‘sakit’. Saya tidak mahu industri seni dipandang remah kerana kita turut sama menjana pendapatan kepada negara.

“Kebanyakan anak seni dihargai dan mendapat pembelaan hanya apabila sudah tiada. Kenapa perlu tunggu sehingga saat itu?

“Keputusan ini diambil kerana saya sayangkan bidang seni. Jika kita sayangkan sesuatu pastinya kita tidak mahu melihat ia terus hanyut dan lalai, oleh itu saya perlu bangkit dan melakukan sesuatu sebelum industri seni tempatan terus tenat,” katanya kepada BH Online.

Sebelum mencipta nama dalam industri hiburan, Dira memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor. – MYNEWSHUB.CC

Tags: dira abu zaharPeguam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

Pihak Kuil Minta Upacara Ritual 30 Minit Setiap Hari Di Tanah Yayasan Kubra – Peguam

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pihak kuil mahu memasuki semula tanah Yayasan Kubra bagi mengadakan upacara ritual selama 30 minit pada setiap...

Penceroboh Rancang Masuk Semula Tanah Yayasan Kubra Buat Upacara Anutan – Peguam

Penceroboh Rancang Masuk Semula Tanah Yayasan Kubra Buat Upacara Anutan – Peguam

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Terdapat pihak merancang untuk menceroboh semula tanah Yayasan Kubra dengan alasan untuk melakukan upacara anutan di tapak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd