• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Guna Vaksin Denggi Belum Diputuskan

oleh Ahmad Albab
17/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TAMPIN – Keputusan sama ada Malaysia akan menggunakan vaksin denggi pertama di dunia masih belum diputuskan, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya.

Beliau berkata perkara itu masih di peringkat kajian.

“Syarikat pengeluar vaksin telahpun membuat permohonan untuk didaftarkan, namun kita masih di peringkat kajian.

“Saya rasa pertengahan tahun ini keputusan akan diumumkan. Ini kerana, denggi ada empat jenis dan vaksin yang hendak dikeluarkan tidak meliputi semua jenis denggi,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Hospital Tampin hari ini.

Turut hadir, Exco Pendidikan dan Kesihatan negeri Datuk Shamsulkahar Mohd Deli, Pengarah Kesihatan negeri Dr Abdul Rahim Abdullah dan Pengarah Hospital Tampin Dr Hatijah Mohd Tan.

Dalam perkembangan lain, Dr Hilmi berkata Negeri Sembilan sebagai hospital keempat dijadikan Hospital Kluster selepas Pahang, Melaka dan Sabah.

“Hospital Kluster menggabungkan hospital-hospital berhampiran bagi mengguna pakai kemudahan dan kepakaran secara bersama.

“Ini bertujuan untuk mengelak kesesakan di sesuatu hospital selain menjimatkan kos,” katanya.

Hospital Kluster Negeri Sembilan melibatkan Hospital Tampin, Hospital Kuala Pilah dan Hospital Jempol. – BERNAMA

Tags: denggi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lonjakan Denggi Ancam Singapura

09/06/2022
0

SINGAPURA – Pemerintah Singapura menyatakan bahawa republik itu sedang berdepan dengan situasi kecemasan bagi wabak demam denggi selepas mencatatkan lonjakan...

Denggi Naik 70 Peratus, HFMD Masih Paras Amaran Di Selangor

13/05/2022
0

SHAH ALAM : Kes demam denggi di Selangor mencatatkan peningkatan 70 peratus iaitu sebanyak 9,357 kes dilaporkan setakat ini. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd