• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wei Feng Sumbang Mata Kemenangan Jinak Korea Selatan 3-2

oleh Ahmad Albab
17/05/2016
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUNSHAN – Chong Wei Feng membuktikan kehadirannya dalam skuad Piala Thomas negara bukan sekadar penumpang, apabila menyumbang mata kemenangan ketika menundukkan Korea Selatan 3-2, sekali gus muncul juara Kumpulan C.

Wei Feng, pemain ranking ke-68 dunia, menampilkan persembahan membanggakan untuk menjinakkan Jeon Hyeok Jin, yang juga pemain nombor 28 dunia, 21-16, 21-16 bagi mengesahkan kemenangan skuad negara yang kalah dalam kedua-dua aksi beregu mereka di Pusat Sukan Kunshan hari ini.

“Saya rasa sangat gembira sebab sudah lama tak main bagus macam hari ini. Saya puas hati dan yang penting pasukan ini muncul juara kumpulan…tapi misi kita masih belum selesai, belum sampai sasaran lagi. Kita perlu kekal tenang.

“Ketika kedudukan macam ini (terikat 2-2), saya selalu jadikan tekanan sebagai motivasi untuk main lagi bagus sebab kita bermain untuk pasukan,” kata Wei Feng kepada pemberita selepas perlawanannya.

Kejayaan itu membolehkan skuad negara mengelakkan pertembungan awal dengan pasukan pilihan seperti China di suku akhir nanti.

Ia adalah kemenangan ketiga Malaysia dalam Kumpulan C selepas menewaskan England 4-1, diikuti kemenangan 5-0 ke atas Jerman.

Selain Malaysia, turut layak ke suku akhir adalah juara bertahan, Jepun dan tuan rumah, China (Kumpulan A), Indonesia, Thailand (Kumpulan B), Denmark, Taiwan (Kumpulan D) dan Korea Selatan sebagai naib juara Kumpulan C.

Undian suku akhir dijangka diadakan sebaik semua perlawanan peringkat kumpulan berakhir.

Dalam perlawanan menentang Korea Selatan hari ini, jaguh negara, Datuk Lee Chong Wei menewaskan Son Wan Ho 21-18, 21-15 untuk mata pertama Malaysia sebelum lawan mengikat kedudukan apabila gandingan Goh V Shem-Koo Kien Keat tewas kepada Lee Yong Dae-Yoo Yeon Seong 16-21, 11-21.

Kemudian pemain perseorangan kedua negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin tampil mengejutkan pemain nombor 16 dunia, Lee Dong Keun 21-17, 21-15 untuk kembali meletakkan Malaysia di depan dengan 2-1.

Namun beregu kedua negara yang menggandingkan Tan Boon Heong-Tan Wee Kiong gagal mengutip mata kemenangan selepas tewas kepada Kim Gi Jung-Kim Sa Rang 14-21, 22-24 bagi membolehkan Korea kembali mengikat kedudukan 2-2, sebelum Wei Feng memberikan mata penting yang dicari-cari.

Terdahulu, ketua pasukan, Chong Wei berkata sebagai perseorangan pertama, ia adalah penting untuknya menyumbang mata pertama untuk memberi semangat kepada rakan sepasukan.

“Perlawanan hari ini agak berbeza dari lawan pertama dan kedua sebelum ini. Son Wan Ho adalah antara pemain yang berada di ranking atas dan memberi saingan sengit.

“Apa yang penting adalah menyumbang mata pertama negara dan cuba pastikan Malaysia menjuarai kumpulan ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Piala Thomas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

China Padam Impian Malaysia Ke Final Piala Thomas

China Padam Impian Malaysia Ke Final Piala Thomas

04/05/2024
0

MALAYSIA perlu menunggu 34 tahun lagi untuk kembali memberi cabaran perebutan kejuaraan Piala Thomas apabila ditunjukkan jalan keluar setelah tumpas...

China Rangkul Piala Thomas Buat Kali Ke-10

28/05/2018
0

BANGKOK – China merangkul kejuaraan Piala Thomas buat kali ke-10 selepas berjaya menjinakkan Jepun 3-1 dalam perlawanan akhir yang mendebarkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd