BAGI menyambut bulan Ramadan yang penuh keberkatan tidak lama lagi, pihak Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur seperti mana rangkaian hotel lain yang ada di sekitar Kuala Lumpur tidak ketinggalan menawarkan hidangan bufet buka puasa yang pasti akan memukau selera pengunjungnya.
Jika tahun lepas pihak Seri Pacific tampil dengan tema Sajian Desa, bagi tahun ini pula hotel ini mengangkat konsep Sajian Nostalgia yang menghidangkan sajian citarasa tradisional yang pasti menggamit memori dan mengimbau kenangan sewaktu di kampung.

Bagi promosi bufet Ramadhan kali ini, pihak Seri Pacific masih diadakan di dua kawasan berbeza iaitu di dewan bankuet Pacific Ballroom dan Restoran Zende bagi memenuhi cita rasa para pelanggannya yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.
Masih lagi mengekalkan tema warung atau stall, bagi yang pertama kali berkunjung ke hotel ini, ia pasti akan memberikan pengalaman yang berbeza di samping dapat melihat sendiri juadah yang disediakan oleh cef-cef berpengalaman dan berbakat secara ‘live’.

1. Pacific Ballroom
Tarikh: 5 Jun hingga 6 Julai 2016
Harga:  RM 98 bersih seorang (Dewasa)
RM 49 bersih seorang (Kanak-kanak)
*Tempahan awal sebelum 15 Mei 2016
RM70 bersih seorang
Antara warung atau stall yang disediakan ialah, burger, kambing golek, nasi ayam, maggi goreng, dan nasi briyani. Manakala masakan kampung pula terdiri daripada lauk-pauk seperti sambal tumis udang bersama petai, asam pedas ekor lembu, masak lemak siput buloh, gulai ikan patin tempoyak, variasi kerabu dan ulam-ulaman serta pelbagai jenis pencicah seperti budu, cencaluk, sambal mangga dan banyak lagi yang mampu membuat anda kecur liur untuk merasainya.


Turut disediakan ialah warung yang menempatkan pelbagai jenis seleksi air antaranya air kacang soya, kelapa muda, teh tarik dan beberapa lagi jenis minuman yang sesuai untuk menghilangkan dahaga setelah seharian berpuasa.
Disamping itu, bagi yang gemarkan pencuci mulut, pihak Seri Pacific turut menghidangkan pencuci mulut yang diwarisi sejak turun-temurun seperti bubur cha-cha, serawa durian, pengat ubi dan bermacam variasi lagi dan tidak ketinggalan juga seleksi buah-buah tempatan.

2. Restoran Zende, Aras Lobi
Tarikh: 8 Jun hingga 4 Julai 2016
Harga: RM 128 bersih seorang (Dewasa)
RM 64 bersih seorang (Kanak-kanak)
Bagi pengunjung yang lebih suka menikmati hidangan di dalam ruang bertutup dan kontemporari, Restoran Zende yang berlokasi di aras lobi merupakan satu pilihan tepat untuk berbuka puasa. Dengan rotasi 6 jenis pilihan menu, pengunjung pasti rambang mata dengan variasi makanan yang terdapat dalam bufet ini.
Restoran Zende menampilkan beberapa juadah istimewa seperti gulai daging campur umbut kelapa, lemang dan rendang, sate, sup gear box, mee rebus, laksa johor dan ayam golek percik.

Selain dari masakan Melayu, bufet Ramadhan di restoran ini juga menawarkan hidangan masyarakat Cina dan Arab seperti wantan mee, nasi arab, shawarma, babaganoush dan hummus yang pasti menepati selera.
Sudah namanya hotel terkemuka, pasti keselesaan pengunjung menjadi keutamaan. Pihak pengurusan hotel telah menukarkan empat buah bilik penginapan di tingkat enam hotel tersebut kepada surau yang luas dan selesa bagi memudahkan pengunjung beragama Islam untuk menunaikan solat Maghrib dan Isya’. Manakala solat terawih pula bolehlah dilakukan di surau Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) yang terletak bersebelahan sahaja.
Demi memenuhi kehendak pelanggan yang dihormati, pihak Seri Pacific turut menyediakan servis katering bagi pakej berbuka puasa dan juga rumah terbuka Aidilfitri di kediaman anda hanya dengan harga RM90 sekepala.
Oleh itu jangan lepaskan peluang untuk menikmati bufet Sajian Nostalgia dari Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur bulan Ramadhan ini!
Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian 03-4049 4351/4352 atau kiriman e-mail [email protected]. - MYNEWSHUB.CC