• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Liga Juara-Juara Eropah Catat Rekod 40 Gol Dalam Satu Malam

oleh Ahmad Albab
22/10/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Bayern Munich, Chelsea dan Shakhtar Donetsk berpesta gol ketika Liga Juara-Juara Eropah memukau penonton dengan rekod 40 gol dalam satu malam membabitkan lapan perlawanan.

Bayern yang mengatasi Roma 7-1, Chelsea yang membelasah Maribor 6-0 dan Shakhtar yang membenam Bate Borisov 7-0, menyumbang 20 gol pada malam yang sukar dilupai pemain pertahanan dan penjaga gol.

Shakhtar dari Ukraine menjadi pasukan pertama menjaringkan enam gol dalam separuh masa pertama perlawanan Liga Juara-Juara dan kemenangan itu menyamai rekod terbaik bagi pasukan pelawat.

Penyerang Shakhtar dari Brazil, Luiz Adriano menjadi pemain pertama yang menjaringkan empat gol sebelum rehat dan dengan catatan masa 17 minit, beliau memegang rekod penjaring empat gol paling pantas.

Beliau menambah satu gol lagi pada lewat permainan untuk menyertai Lionel Messi sebagai pemain yang menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan Liga Juara-Juara.

Messi menjaringkan satu gol dalam kemenangan 3-1 Barcelona ke atas Ajax untuk menyamai Cristiano Ronaldo dengan sejumlah 69 gol dalam saingan Liga Juara-Juara, hanya kurang dua gol berbanding pemegang rekod, Raul.

Kemenangan Chelsea ke atas Maribor adalah rekod jaringan terbesar pasukan itu dalam saingan Liga Juara-Juara.

Dalam perlawanan lain yang menyaksikan banyak jaringan, Schalke menewaskan Sporting 4-3. – Reuters

Tags: Liga Juara-Juara
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kelab Russia Dilarang Sertai Liga Juara-Juara

03/05/2022
0

PARIS : Kelab Russia diharamkan UEFA daripada terbabit dalam Liga Juara-Juara dan semua kejohanan Eropah lain musim depan, kata badan...

Ibrah Dari Kemenangan Liverpool Menurut Mufti Wilayah

03/06/2019
0

MUFTI Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak Liverpool dan penyokongnya selepas muncul juara dalam kejohanan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd