• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jiran ‘Serang’ Lelaki Tua Tak Senonoh Suka Tayang G-String

oleh AK-47
17/05/2016
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SUASANA hening di sebuah kawasan kejiranan di Pasir Ris, Singapura dipecahkan apabila sekumpulan penduduk di kawasan itu telah ‘menyerang’ sebuah rumah yang disyaki tempat tinggal seseorang yang disyaki sebagai pesalahlaku seks di Blok 629, Jalan Pasir Ris 3.

Kira-kira 10 orang ahli komuniti di situ telah berkumpul di hadapan unit pangsapuri yang didiami lelaki tua tersebut pada pukul 6 petang, semalam, sebelum episod jerit-menjerit memaksa lelaki itu keluar daripada rumahnya berlaku, lapor akhbar Lianhe Wanbao.

Berang akan keengganan lelaki tersebut untuk keluar daripada rumahnya, salah seorang daripada ahli kumpulan itu telah bertindak memecahkan jubin lantai di hadapan unit itu serta membaling kasut ke arah koridor, menurut salah seorang saksi kejadian itu yang hanya dikenali sebagai Guo.

Pihak polis telah memberitahu Lianhe Wanbao bahawa mereka telah dimaklumkan mengenai insiden pada pukul 6.30 petang dan seorang lelaki daripada kumpulan tersebut telah ditahan kerana mencetuskan kekecohan di tempat awam.

“Apabila pihak polis tiba, jumlah ahli kumpulan itu telah mengecil kepada lima orang sahaja dan mereka telah berjaya melarikan diri ke merata tempat berbeza,” jelas Guo,26.

Jiran tetangga di kawasan itu memberitahu akhbar harian tersebut bahawa lelaki berusia separuh abad itu mempunyai habit yang jelik iaitu gemas memakai seluar dalam jenis thong atau g-string di beranda rumahnya.

Jika anda benar-benar mahu tahu, inilah gambaran pandangan depan dan belakang seluar dalam yang kami maksudkan itu:

Jiran 'Serang' Lelaki Tua Tak Senonoh Suka Tayang G-String

Mereka juga menambah bahawa kecenderungan lelaki itu bermula sejak 7 tahun lalu apabila dia cukup gemar berdiri di tepi tingkap rumahnya dengan hanya memakai seluar dalam tanpa segan silu.

Bagaimanapun, kecenderungannya telah mengalami ‘penambahbaikan’ apabila dia kini beralih kepada thong pula.

Seorang lagi jiran telah bersemuka dengan lelaki tua itu untuk menyatakan rasa kurang selesanya, namun usaha itu hanya dipandang sepi kerana dia semakin galak pula menunjukkan anggota tubuhnya yang tak seberapa kepada orang ramai,

Wanita tersebut yang enggan identitinya didedahkan, berkata: “Dia akan berada di beranda rumahnya hampir setiap hari, sambil menghisap rokok dengan hanya memakai thong. Apabila dia ternampak jiran tetangganya, dia akan jalan berjengket-jengket secara sengaja. Dia seakan-akan mahu menarik perhatian orang ramai.”

Siasatan polis masih berlanjutan semasa artikel ini ditulis.

Mungkin inilah kisah krisis pertengahan hidup paling lawak yang pernah kami jumpa setakat bulan Mei tahun ini.

Mynewshub ada satu saja nak tanya apek tersebut; tak rasa tersepit ke? – MYNEWSHUB.CC

Tags: gangguan seksualSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd