• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Calon Perlu Ditapis Sebelum Bertanding Dalam Pilihan Raya – SPRM

oleh Ahmad Albab
16/05/2016
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KANGSAR – Setiap calon yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya perlu ditapis sebaik sahaja nama mereka diserahkan parti kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM Datuk Seri Mustafar Ali berkata ia adalah proses biasa dalam tapisan calon seperti yang dilaksanakan SPRM secara berterusan pada masa ini.

“Memang biasa dalam soal tapisan calon yang dibuat melibatkan semua parti kerana kita tidak kira siapa. Terpulang kepada pihak berkenaan (parti) untuk menyalurkan maklumat kerana tapisan itu perkara biasa dilakukan pihak kami,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai proses tapisan calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar berikutan kematian anggota parlimennya, Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.

Terdahulu, Mustafar menyaksikan majlis menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) antara Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (KUISAS) dan SPRM, di sini hari ini.

Ia ditandatangani oleh Rektor KUISAS Tan Sri Prof Dr Nordin Kardi dan Pengarah SPRM Perak Datuk Noraziah Abdul Manaf.

Mengenai CIP, Mustafar berkata terdapat lima prinsip dan 10 inisiatif dalam ikrar yang ditandatangani termasuk kod etika antara institusi bersama SPRM bagi mencegah rasuah.

“SPRM mengucapkan tahniah kepada KUISAS kerana komitmen yang jitu dalam memastikan bagaimana urus tadbir dalam institusi dan urusan tadbir mengenai rasuah akan disebar luas kepada pelanggan dan pemegang saham KUISAS.

“CIP ini bukan sebagai satu hiasan tetapi di dalam CIP ini terkandung inisiatif dalam membantu pencegahan rasuah akan dilaksanakan oleh SPRM,” katanya.

Sementara itu, Nordin berkata inisiatif itu diambil bertujuan untuk menyokong usaha pencegahan rasuah di samping mendidik warga KUISAS supaya menjauhi rasuah.

“Ia (CIP) juga bagi memastikan institusi ini diyakini dalam usaha memerangi rasuah. Ia penting bukan sahaja kepada kakitangan di sini tetapi kepada pelajar sebelum mereka memasuki alam pekerjaan, mereka diberikan langkah pencegahan rasuah oleh SPRM. Saya harap rasuah tidak bertapak di KUISAS,” katanya. – BERNAMA

Tags: PRKSPRM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

Tiada Unsur Rasuah Pemberimilikan Kolam Takungan Banjir – Hannah Yeoh

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Tiada unsur rasuah, penyelewengan serta salah guna kuasa dalam proses pemberimilikan enam kolam takungan banjir Dewan Bandaraya...

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd