• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Virus Zika: Tiada Larangan Ke Singapura

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan tidak mengeluarkan sebarang larangan bagi rakyat Malaysia untuk keluar dan masuk ke Singapura susulan penemuan kes pertama virus Zika di negara jiran itu.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya bagaimanapun menasihatkan rakyat Malaysia yang ingin melawat republik berkenaan supaya sentiasa berwaspada terutama jika mengalami simptom seperti demam.

Beliau berkata kerajaan telah melakukan saringan terhadap 90,000 individu yang masuk ke Malaysia dari Singapura selain mengeluarkan amaran kesihatan di semua pintu masuk sempadan negara.

“Kerajaan Malaysia dan Singapura sentiasa bekerjasama membuat saringan terhadap individu yang pernah berkunjung ke Amerika Latin seperti Brazil, Venezuela dan sebagainya terutama kepada mereka yang pernah ke sana dalam tempoh seminggu lepas,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Dr Hilmi turut menasihatkan rakyat Malaysia yang pernah ke negara Latin yang mempunyai wabak Zika supaya berwaspada ketika melakukan hubungan kelamin bersama pasangan masing-masing.

“Mereka yang balik dari negara Latin perlu memakai kondom bila melakukan hubungan seks selama sekurang-kurangnya untuk tempoh dua minggu.

“Ibu mengandung pula dinasihatkan supaya berhati-hati ketika berkunjung ke Singapura,” katanya.

Jumaat lepas, virus Zika dikesan di Singapura apabila seorang pemastautin tetapnya yang mengunjungi Sao Paolo, Brazil pada 27 Mac hingga 7 Mei lepas disahkan positif virus tersebut.

Sehingga kini, tiada sebarang penemuan kes virus Zika dikesan di Malaysia dan berdasarkan maklumat terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sebanyak 58 negara dilaporkan telah mengalami jangkitan itu dari Januari 2014 hingga 11 Mei 2016 tahun ini. – BERNAMA

Tags: KKMvirus zika
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

KKM Buka 750 Jawatan Tetap Pegawai Perubatan Di Sabah, Sarawak

29/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan melaksanakan pengambilan khas secara tetap bagi Pegawai Perubatan Gred UD10 untuk mengisi...

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

Bukan ‘Wayang’… Tapi Nyawa, Kesihatan Dan Kebajikan Bangsa Johor – Onn Hafiz

07/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi membidas 'orang-orang politik' yang mendakwa konon seruan beliau kepada Kementerian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd