STOCKHOLM – Pesawat Ryanair menuju ke Manchester di Britain, terpaksa dipindahkan sebelum berlepas pada Ahad disebabkan ancaman bom di lapangan terbang Rygge di luar Oslo.
Ia disebabkan tindak tanduk mencurigakan dua penumpang dan skuad pemusnah bom menggeledah pesawat itu tetapi tidak menemui bahan mencurigakan. Polis kemudian berkata kejadian itu disebabkan salah faham.
Jurucakap polis, Anders Stroemsaether, memberitahu stesen penyiar NRK, kejadian bermula sebelum berlepas apabila dua penumpang asing bertengkar dalam lif di lapangan terbang itu.
Katanya, seorang penumpang lain mendengar perkataan ‘bom’ disebut dan memberitahu kapten sebaik memasuki pesawat.
Juruterbang memberitahu polis yang memindahkan pesawat dan menyoal siasat dua penumpang berkenaan. Polis berkata dalam akaun Twitter pada Ahad bahawa mereka tidak menemui bahan mencurigakan di lapangan terbang dan kedua-dua penumpang dibebaskan. – AP/BH ONLINE

