• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 10, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abang Long Paling Gengster di Singapura Serah Diri Pada Allah

oleh AK-47
17/05/2016
dalam Gaya Hidup, Hangat, Utama & Sensasi
1
Share on FacebookShare on Twitter

TATU pada wajahnya sudah cukup untuk menceritakan siapa lelaki ini. Tak hairanlah dia digelar Abang Long Fadil dan dikenali sebagai paling gengster antara gengster dalam dunia jenayah terancang di Singapura.

Pada usia 12 tahun, sikap ganas dan sadistik jelas terbukti apabila Abang Long Fadil menggunakan sebatang kayu untuk membelasah seorang lelaki dewasa hingga cedera parah.

Pada usia 22 tahun pula, dia berdepan maut apabila dibelasah dengan kayu dan senjata tajam oleh sekumpulan lapan lelaki yang menyerangnya.

Abang Long Fadil yang dibesarkan dalam keluarga dan persekitaran yang ganas, berpegang pada prinsip keluarga harus dilindungi dengan perlakuan jenayah.

Menjadi gengster bukan satu kesilapan, tetapi satu-satunya pilihan kerana dia diasuh oleh bapa-bapa saudaranya untuk percaya hanya jenayah satu-satunya cara untuk hidup.

Kekerasan dan jenayah adalah tradisi hidup anak lelaki dalam sejarah keluarganya.

“Saya tak peduli apa nasihat emak. Malah saya tak pedulikan Allah,” katanya.

Abang Long Fadil masuk penjara pada usia 12 tahun atas tuduhan jenayah serangan bersenjata. Malah pada usia itu juga dia mula mencacah tatu.

Pada awal usia remaja, dia sudah menyertai rangkaian gengster Cina Singapura yang mewah dengan wang, seks, arak dan dadah.

“Selain maksiat dan dadah, saya makan babi,” katanya.

Cuma Allah Maha Berkuasa. Walaupun keluar masuk penjara serta pernah berdepan maut apabila cedera parah dibelasah, akhirnya lelaki paling gengster ini kalah pada gangguan mimpi.

“Saya mimpi dilanda ombak besar, dan hanyut lalu terdampar bersendirian. Saya yakin mimpi itu petanda kiamat. Sebulan saya tak keluar rumah kerana takut datangnya kiamat,” kata Abang Long Fadil.

Semua pengakuan ini didedahkan secara eksklusif kepada Ketua Pegawai Eksekutif TV Alhijrah, Izelan Basar pada sesi temuramah khas program #PenghijrahanFenomena TV Alhijrah di Singapura.

Rakaman 2 episod perkongsian kisah hijrah lelaki paling gangster ini akan disiarkan pada Khamis, 10 malam, maka jangan lupa saksikan kisah menarik ini di TV Alhijrah.

Selain lelaki paling gangster dan menjadi Abang Long Fadil Singapura, #PenghijrahanFenomena turut menjejak dua lelaki paling gengster Thailand yang kini, menyerah diri pada Allah.

Siapakah dua lelaki paling gengster di Thailand yang tersohor namanya dari Chieng Mai hingga ke Danok?

Nantikan kisah seterusnya! – MYNEWSHUB.CC

#segalanyabermuladisini

Tags: TV Al Hijrah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

IG Femes Hijabista Kini Melangkah Jadi Selebriti TV

15/03/2018
0

WOW! Kerana memiliki ratusan ribu peminat di IG, lima gadis IG Femes kini berpeluang mencipta nama di platform TV. Program...

Wan Kamaruddin: Edisi Siasat & Apa Kejadahnya!

04/07/2017
0

EDISI Siasat mencipta fenomena tersendiri sekitar tahun 2001 hingga 2005. Program Berita TV dengan orientasi laporan penyiasatan menggunakan kamera tersembunyi....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd