• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAN ‘Sekolahkan’ Azmin Jangan ‘Berlakon Suci’

oleh Ahmad Albab
14/05/2016
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) mengingatkan kepada pemimpin Pakatan Harapan yang bertanggungjawab menyebabkan pertandingan tiga penjuru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak baru-baru ini supaya tidak `berlakon suci’

Ketua Pemuda PAN, Sany Hamzan berkata, pemimpin Pakatan Harapan berkenaan cuba `berlakon suci’ selepas PRN Sarawak tamat konon mahu mengelakkan pertandingan tiga penjuru dengan PAS dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun ini.

“Sukar untuk rakyat menerima pemimpin yang telah mengecewakan mereka dengan tindakan melulu membenarkan pertandingan sesama Pakatan Harapan dalam PRN Sarawak yang lalu kini ‘berlakon suci’ pula kononnya mahu mengelakkan pertandingan tiga penjuru dengan PAS.

“Apakah mesej politik yang mahu dihantar pemimpin ini sebenarnya? Terus mahu mengucar-kacirkan Pakatan Harapan atau apa?” tegasnya dalam satu kenyataan media semalam.

Meskipun tidak menyatakan nama pemimpin Pakatan Harapan yang dimaksudkan, umum mengetahui bahawa kenyataan beliau itu ditujukan kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mohamed Azmin sebelum ini mengakui beliau yang memberi watikah kepada calon PKR bertanding di beberapa kerusi DAP dalam PRN Sarawak menyebabkan berlaku perbalahan besar antara parti-parti gabungan Pakatan Harapan.

Selain itu, beliau baru-baru ini merayu kepada PAS yang disingkirkan daripada gabungan parti pembangkang pada Jun tahun lalu untuk menyertai Pakatan Harapan tetapi mendapat tentangan hebat DAP dan PAN.

Beliau dipercayai bertindak demikian kerana khuatir kedudukannya sebagai Menteri Besar Selangor boleh terjejas dalam Pilihan Raya Umum akan datang tanpa sokongan ahli PAS.

Berikutan itu, terdapat desas-desus kumpulan Mohamed Azmin mahu menghalang PAN atau mana-mana parti daripada Pakatan Harapan bertanding dengan PAS dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebagai strategi memujuk parti itu demi kepentingan peribadinya.

Cubaan oleh kumpulan Mohamed Azmin itu mendapat bantahan kuat PAN kerana mendakwa kedua-dua kerusi berkenaan harus ditandingi PAN memandangkan PAN pengganti kepada PAS sebagai parti Islam dalam Pakatan Harapan.

Sany seterusnya berkata, semua pemimpin Pakatan Harapan harus menerima hakikat bahawa PAS nekad untuk bertanding di mana sahaja kerusi yang ditandingi Pakatan Harapan.

Menurutnya, kemungkinan berlaku pertandingan tiga penjuru antara PAS, PAN dan Barisan Nasional (BN) perlu dilihat sebagai satu pertembungan untuk menjadi kayu ukur sokongan rakyat. – Mynewshub.cc

Tags: Azmin AliParti Amanah Negara
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Muammar Qaddafi Akui Ikram Antara NGO Bantu Bentuk Amanah Pada 2015, Tapi Entiti Berbeza

Muammar Qaddafi Akui Ikram Antara NGO Bantu Bentuk Amanah Pada 2015, Tapi Entiti Berbeza

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Jawatankuasa Pimpinan Pemuda Amanah Nasional, Muammar Qaddafi Mohd Nasir mengakui Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) antara badan...

‘Urus Air Pun Gagal, Ini Nak Urus Naratif Minyak Dunia Pula?’ – Mahfuz

‘Urus Air Pun Gagal, Ini Nak Urus Naratif Minyak Dunia Pula?’ – Mahfuz

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Mahfuz Omar menegaskan isu bekalan tenaga tidak seharusnya dipolitikkan kerana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd